Gambar: Akibat Kalimah Allah Digunakan Oleh Kristian

4 Keping gambar ini akan membuatkan penyokong PAS dan penganut agama kristian takut nak tengok, Hangat pijor penyokong PAS kalau la dapat tahu kubur anak depa lepas ini dikongsi bersama kubur warga kristian dan buddha, mana tidak, kalimah Allah boleh dikongsi sama rata..tanah kubur pon takde hal la…tak caya? ini dah terjadi lama dulu di indonesia, Betul kata Mufti perak, “Jika orang kafir nak guna kalimah Allah, Masuk Islam” semua kelebihan yang Ummat islam yang lain boleh dikongsi, masuk islam taknak tapi gegeh nak guna kalimah Allah, lepas satu..satu depa akan tuntut…


Seorang Ustaz dari Malaysia telah berkunjung ke Indonesia (Sumatera) di atas jemputan salah seorang penduduk kampung disana untuk memberikan ceramah di salah sebuah Masjid. Beliau terkejut apabila melihat kawasan perkuburan di kampung berkenaan.

Beliau bertanya pada penduduk kampung berkenaan “Mengapa kubur umat Islam dan kafir disemadikan bersama?”.




Jawap penduduk kampung – “Tak kan Malaikat tak tau nak bezakan mana Islam, mana kafir.

Inikah Yang Kome Mahu?
Teman nak berkongsi pengalaman seorang sahabat yang pernah tinggal dan belajar di Indonesia. Sahabat ini ingin berkongsi pengalaman mengenai penggunaan Kalimah Allah yang digunakan oleh agama Kristian di Indonesia. Baca dengan berlapang dada.
Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)
Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..
Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. X pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”
Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku..
Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat Malaysia
Moral dari cerita ini ialah, benda-benda yang di ceritakan oleh pelajar ini tidak mustahil akan berlaku juga di malaysia 5 ke 10 tahun lagi jika masih terus menyokong tindakan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap urusan ritual agama mereka.
Jadi korang semua fikir-fikirkan lah yang baik buruknya.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*