Gambar Anwar : Nik Aziz Tuduh UMNO?!

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. 

[al-Hujurat 49:6]

DALAM BLOG TERSEBUT TAK TULIS NAMA ANWAR!!!PANDAI-PANDAI JEK KAU NIK AZIZ KATA ITU ANWAR!!!!


SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini turut mendakwa Umno adalah dalang kepada penyebaran gambar homoseks seorang lelaki mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata tindakan Umno yang tidak berputus asa untuk menjatuhkan Anwar ibarat ‘mahu mencincang’ Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
“Kerja Umno tuduh orang. Tak puas lagi, dia nak cincang Anwar pula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Expo Kelantan 2013 di Kompleks Karangkraf, malam tadi.
Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata Umno tidak akan berhenti menyekat Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu mampu melumpuhkan dan mengikis keyakinan rakyat terhadap parti itu. Bagaimanapun, Nik Aziz yakin Umno tidak akan dapat menyingkir Anwar walau apa cara sekalipun.
“Anwar budak cerdik. Payah kalau Umno tak singkir,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas penyebaran beberapa gambar homoseksual lelaki mirip Anwar yang tersebar secara meluas di laman-laman sosial.
Blog http://rajagoyang360.blogspot.com baru-baru ini memuatnaik 13 keping gambar aksi intim seorang lelaki mirip Anwar bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. 
Gambar hitam putih yang dipaparkan itu menunjukkan lelaki mirip Anwar itu memasuki sebuah bilik sehinggalah beberapa aksi mesra termasuk gambar bogelnya.
Anwar selepas menghadiri sesi ‘Dialog Anak Muda bersama Anwar’ di Bandar Utama petang semalam berkata pendedahan terbaru itu sebagai didalangi Umno.
“Fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya. Umno menggunakan media untuk menyebarkan fitnah, itu namanya Melayu muslim,” katanya.
Apa pula stand Nik Aziz yang menyokong anwar?Kerana Parti?Kerana Islam?

DALAM BLOG TERSEBUT TAK TULIS NAMA ANWAR!!!PANDAI-PANDAI JEK KAU NIK AZIZ KATA ITU ANWAR!!!!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*