Monday, October 21, 2019

Gambar Mat Sabu Solat Dan Batu Karbala?

Viral Gambar Mat Sabu Dan Batu Karbala?

Dipetik daripada Facebook Nabeel Naqie II mendedahkan sekeping gambar yang dilihat seperti Mat Sabu sedang didalam saff solat berjemaah dibawah tempat sujudnya kelihatan seketul batu yang diceritakan pada pada awal tadi.

Dalam facebook tersebut bertulis :

“Mula-mula bila Nabeel dapat gambar ni, Nabeel ingat ia adalah edit. Ya, memang Mat Sabu solat di Masjid Syiah. Nampak imam Masjid Syiah solat di dalam lobang di situ.  Para jemaah pun solat dengan tangan lurus di tepi persis syiah.  Tapi takkanlah Mat Sabu solat dengan sujud di atas Batu Karbala seperti orang syiah?

Tiada mazhab ahlul sunnah yang solat dengan batu karbala menjadi tempat sujudnya melainkan SYIAH!  Tapi Nabeel sangka baik dan ingat ia adalah edit.  Sehinggalah Nabeel jumpa gambar asal dari portal berita Iran di sini ??‍♂️

Link: http://www.tabnakazargharbi.ir/fa/news/738315/نماز-جمعه-تهران-۶-اردیبهشت-۹۸

Patutlah tentera kita ditarik balik dari Yeman kerana di sana, tentera Sunnah sedang melindungi Mekah dan Madinah dari serangan Syiah Houthi.  Makin jahanamlah negara kita. ?”Facebook Nabeel Naqie

 

APA ITU Batu Karbala? – Sekilas terlihat seperti biskuit merry kita kudap petang petang gitu. Cuma bezanya Batu Karbala adanya tulisan-tulisan arab di dalamnya. Tetapi batu ini tidak boleh dimakan, digunakan untuk beristinjak, dan bahkan ianya menjadi haram disimpan (dengan niat sama seperti orang Syiah) oleh seorang Muslim.

Ini kerana Batu Karbala ini adalah alat dalam sembahyang sesorang yang berfahaman Syiah disaat ia bersujud.

Bagi seseorang yang berfahaman Syiah mereka sering membuat sesuatu perbuatan yang sangat aneh dan salah satunya adalah meletakkan dahi mereka diatas Batu Karbala ini ketika bersujud.

Zaman dahulu, mereka tidak menggunakan ukiran batu seperti di gambar diatas. Mereka lebih menggunakan tanah di yang berada di sebuah tempat bernama Karbala’ ia adalah sebuah kota di Iraq, jaraknya sekitar 100 km sebelah barat daya bandar Baghdad, Mereka menyimpan tanah Karbala ini. Ketika datang waktu sembahyang, tanah tersebut dijadikan mereka sebagai tempat mengalas dahi ketika bersujud.

Tanah tersebut biasa mereka sebut At-turbah Al Husainiyyah. Batu ini dikononnya tanah di Karbala yang mereka puja demi mengenang kematian Husain, cucu dari Rasulullah S.A.W. Namun dengan cara yang jelas sesat mereka memperingati kematian tersebut dengan perbuatan pelik mencederakan diri dan memotong-motong kulit mereka sendiri.

Ritual tersebut dilakukan pada  Hari Asyura, lebih tepatnya setiap tanggal 10 Muharram. Perbuatan tersebut sudah sangat jelas melampaui batas dan ia jelas tidak ada dalam Islam. Wa’alahuam

Baca juga posting pegawai Mat Sabu yang turut sama solat bersama beliau : 

Catatan 3: Meneruskan perjalanan…

Aku tiba di Imam Khomeini Airport, Iran lewat malam. Alhamdulillah, kebetulan hari Jumaat di sini cuti. Terasa lelah perjalanan belum hilang, demi tugas, perasaan penat aku ketepikan duhulu.

Aku sampai sedikit lebih awal dari rombongan Menteri Pertahanan. Sekali lagi mengikuti beliau bagi meneruskan siri diplomasi pertahanan negara. Peluang sampai awal aku ambil masa untuk berehat sekejap.

Di sini walaupun hari cuti, jalan raya dari airport ke Hotel tetap sesak. Boleh jadi rakyatnya ambil kesempatan keluar berjalan-jalan hujung minggu.

Awal pagi barulah rombongan Menteri sampai ke sini dan terus ke hotel. Aku pula berasa terlalu penat. Tak sempat untuk smbut beliau di lobi. Hanya bertemu pada waktu sarapan pagi sahaja.

Program rasmi Menteri agak santai hari ini. Kami mulakan dengan menghadiri solat Jumaat di Universiti of Tehran. Imamnya Ayatollah Khasani. Bersolat dengan pelajar-pelajar di sini. Agak ramai juga jumlahnya.

Khutbahnya juga menarik. Beliau berbicara tentang perlunya keseimbangan antara golongan pekerja dan majikan. Beliau juga sempat menegur para jemaah bahawa perkerjaan itu, selain untuk mencari rezeki, ia juga suatu tuntuntan untuk memajukan negara.

Kemudian sebelah petang kami bersama Pak Duta Malaysia ke Iran, Datuk Rustam Yahaya. Beliau mempelawa kami makan malam di rumahnya sebagai meraikan rombongan menteri.

Fuh lega..! Akhirnya dapat makan makanan Malaysia. Dia masak proper malaysian food. Aku pula dah beberapa hari mengembara ni tak jumpa makanan Malaysia. Mcm-mcm makanan dia sediakan. Terima kasih Datuk.

Kemudian Abg Mat meluangkan masa bersama masyarakat Msia yang tinggal di Iran termasuk juga pelajar2 yg belajar di sini. Abg Mat berkongsi pandangan beliau kepada anak-anak yang sedang belajar. Sesekali melontar nasihat sebagai seorang tua kepada anaknya.

Cuaca di sini lebih sejuk berbanding Moscow. Di puncak gunung masih kelihatan salji yang memutih.

Esok, lawatan rasmi bermula..”
– Facebook Mohd Azhar Mat Dali    27 April 2019

Baca juga :

KDN dedah 10 bukti kaitkan Mat Sabu dengan Syiah

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,  Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mengesahkan “orang nombor dua PAS” yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengikut fahaman Syiah adalah Timbalan Presiden parti Islam itu, Mohamad Sabu.

Dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini, Abdul Rahim berkata kenyataan itu adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh KDN termasuk keterangan daripada Mohamad sendiri.

Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk ” Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni” dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008. – http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kdn-dedah-10-bukti-kaitkan-mat-sabu-dengan-syiah-26874