GEMPAR : Hakim Tarik Diri Kes Sivil Anwar?!

Hakim Datuk Wira Mokhtarudin Baki hari ini menarik diri dari satu kes sivil Anwar Ibrahim lawan Khairy Jamaluddin atas alasan mempunyai hubungan keluarga dengan Anwar. Saya dimaklumkan oleh salah seorang peguam yang berada di sana, Mokhtaruddin menyatakan beliau adalah ipar kapada Anwar Ibrahim.


Sekiranya sesiapa masih ingat, saya pernah menulis mengkritik penghakiman beliau dalam kes Pendakwaraya lawan Khir Toyo tahun lalu. Dalam tulisan “Adakah Anda Bergurau Tuan Hakim?“, saya nyatakan, “hakim ini patut merasa malu dengan hujahan penghakimannya yang sangat dangkal dan dan tidak rasional ini.”

Hari ini tanda tanya saya mengapa Hakim Mokhtaruddin berkelakuan pelik dan luar biasa semasa perbicaraan dan ketika menjatuhkan hukuman dalam kes Pendakwaraya lawan Khir Toyo sudah terjawab.

Komen pembaca:


Dengan menggunakan alasan yang sama bahawa hakim berkenaan mempunyai hubungan keluarga dengan ketua pembangkang(Anwar), harap rayuan yang dibuat DS Khir Toyo mengenai hukuman ‘tidak adil’ yang dijatuhkan kepadanya itu akan di anggap khilaf oleh mahkamah rayuan.

Aku lebih suka mengatakan hukuman ‘tidak adil’ yang dijatuhkan oleh hakim berkenaan kepada DS Khir Toyo lebih bersandarkan sentimen(bukan bersandarkan fakta & bukti) ‘conflict of interest’ yang sama dengan ‘harapan’ ketua pembangkang(Anwar)mahu melihat DS Khir Toyo didapati bersalah dengan apa cara sekali pun walaupun hakim berkenaan sehingga terpaksa menolak fakta & bukti.

Apakah mustahil hakim berkenaan yang mempunyai hubungan keluarga dengan ketua pembangkang(Anwar) boleh terpengaruh dengan hasutan Anwar? Walaupun bukan dengan secara langsung, hasutan itu boleh juga dibuat & disampaikan kepada hakim berkenaan menerusi ahli keluarga Anwar yang lain. – joned

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*