Generasi Muda Jangan Menyondol

Generasi muda terutama para pelajar perlu mengetahui sejarah sebenar negara terutama berkaitan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata dengan mengetahui sejarah negara, generasi muda akan dapat mengukuhkan lagi jati diri mereka dan tidak boleh diperkotak-katikkan oleh pihak yang mahu merosakkan negara.
“Sudah 55 tahun negara kita mencapai kemerdekaan dengan cara aman. Pelajar hari ini adalah pemimpin masa hadapan yang perlu memahami apa itu perlembagaan yang merupakan ibu kepada undang-undang.
“Generasi muda perlu pandang ke hadapan untuk sama-sama memajukan negara yang berlandaskan kepada perlembagaan negara,” katanya ketika menjadi pembicara utama pada Program Forum Rakyat ‘Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan Di Malaysia’ di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di sini malam tadi.
Turut hadir Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Datuk Abdul Rahman Sulaiman selaku anggota penal forum dan anggota Majlis Tertinggi Mubarak Datuk Mohd Rozali Isohak.
Abu Zahar berkata uniknya tidak ada negara lain yang mengamalkan konsep raja berperlembagaan kecuali Malaysia yang menjaga hak-hak raja Melayu yang berdaulat.
Beliau juga mengingatkan generasi muda yang cukup umur agar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 kerana ia penting kepada negara.
“Jangan abaikan hak mengundi kerana kita mahu menentukan kerajaan,” katanya.
Menurutnya mereka perlu matang dalam berpolitik dengan tidak terpengaruh dengan emosi yang boleh merosakkan diri dan negara.
Abu Zahar juga meminta mereka menjadikan isu di Lahad Datu sekarang sebagai contoh terbaik apa yang dilakukan kerajaan dalam mengekang pencerobohan bersenjata itu.
“Apa yang dilakukan kerajaan sebelum ini sebenarnya adalah untuk mengelak daripada pertumpahan darah tetapi demi kedaulatan negara kita terpaksa mengambil langkah yang ada sekarang.
“Atas semangat kejiranan, kita tidak mahu mengambil langkah yang melulu,” katanya.
Sementara itu Abdul Rahman yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) meminta para pelajar mengetahui dan bijak membuat penilaian terhadap parti politik di negara ini.
Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didokongi Umno adalah tunjang dalam mempertahankan perlembagaan negara yang kini sudah ada pihak yang berani mempertikaikannya.
“Jasa terbesar UMNO itu seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara adalah kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak-hak orang Melayu, agama Islam dan juga seperti yang terkandung dalam sosial kontrak,” katanya.
Beliau berkata pelajar tidak perlu terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu mengenai negara sekular kerana apa yang termaktub dalam perlembagaan negara itu menepati syariat Islam.
Ketika sesi dialog beberapa isu semasa dibangkitkan termasuk kebebasan bersuara, konsep Janji Ditepati dan Akta Universiti dan Kolej Universiti.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*