Golongan Muda Mesti Diberi Peluang

Pengundi baru dan pengundi muda yang berjumlah 250 ribu di Perak dan 1.3juta di seluruh negara adalah penentu kepada kemenangan parti parti yang bertelagah pada PRU kali ini. Pengundi muda telah menunjukkan signal bahawa faktor calon memainkan peranan penting dalam keputusan mereka untuk mengundi.

Bagi mereka parti tidak penting. Mereka tidak pedulikan parti apa yang bertanding. Yang penting bagi mereka ialah parti boleh meletakkan calon muda bagi mewakili orang muda didalam DUN dan Parlimen.
Harapan orang muda yang non partisan ini perlu diambil perhatian oleh PM. Calon orang muda perlu diketengahkan. Malah ketua ketua pemuda UMNO Bahagian rata rata telah menunjukkan kredibiliti mereka. Ketu ketua pemuda umno Bahagian dilihat lebih agresif dalam menjalankan program program yang berbentuk kerakyatan dan mampu mendekati hati rakyat.
Tiba masanya PM mengambil ketua ketua pemuda UMNO Bahagian untuk diletakkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri di Parlimen masing masing. Calon payung terjun dan calon yang telah beberapa penggal menjadi wakil rakyat kini dilihat sudah ditolak oleh pengundi muda. 
Amat penting golongan golongan lama didalam umno berkorban demi parti dan memberi peluang kepada orang baru untuk berkhidmat kepada rakyat. Dengan tenaga muda pastinya kawasan yang mereka wakili dapat dimajukan dengan lebih giat lagi.
Lihat sahaja contoh di Perak, dimana wakil rakyat yang berusia, tidak mampu untuk memajukan kawasan mereka setelah beberapa penggal menjadi wakil rakyat. Amat malang bagi rakyat perak kerana ramai golongan muda tak diberi peluang untuk berkhidmat setelah sekian lama di proses didalam kilang pemuda UMNO. Dan akhirnya idea dan tenaga golongan muda ini digunakan oleh pihak pembangkang.
Faktor calon yang terdiri dari kelompok setpol dan pegawai khas menteri menteri juga tidak sesuai diletakkan sebagai calon kerana mereka tidak memahami denyut nadi rakyat tempatan kerana calon calon sudah terlalu lama berada di Putrajaya dan tidak balik ke kawasan. Ada diantara mereka yang melobi Perdana Menteri untuk menjadi calon dengan menggunakan pengaruh mereka yang rapat dengan menteri menteri. Budaya seperti ini perlu dikikis.
Pemuda perlu di latih untuk menjadi pemimpin. Latihan sebagai pemimpin di peringkat bahagian mereka telah berjaya. Dan kini latihan sebagai Wakil Rakyat bagi kawasan mereka pula perlu di beri sebagai persediaan menggantikan pemimpin lama yang semakin dimakan usia. 
Harus diingat, bahawa wakil rakyat bukanlah satu “kerjaya” tetapi wakil rakyat adalah satu amanah. Amanah ini perlu dipikul oleh calon yang bertenaga dan berfikiran segar. Wakil wakil rakyat lama perlu ikhlas dan mereka juga telah diberi peluang beberapa penggal menjadi wakil rakyat. Dan majoriti dari wakil rakyat lama ini sudah tidak mampu lagi untuk bersaing dengan calon calon dari pembangkang yang meletakkan calon calon muda dari parti mereka.
Tiba masanya pengorbanan wakil rakyat lama ini ditagih. Berkorbanlah demi parti, agama, bangsa dan negara. Sokonglah golongan muda ini pula untuk berkhidmat kepada masyarakat. Umno perlu diremajakan demi survival parti umno. Keremajaan umno akan terserlah hanya dengan meletakkan pemikiran muda dalam saf kepimpinan kerajaan negeri bagi membantu YAB Dato Seri Zambry Menteri Besar Perak. Setelah mereka berpengalaman menguruskan negeri maka mereka pasti mampu juga untuk menguruskankan negara pada masa hadapan sebagai kesinambungan hasil pengeluaran kilang Pemuda UMNO. – Sumber
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*