Guan Eng Beri Konsesi Tol 30 Tahun Jerut Rakyat

Baru baru ini Guan Eng Ketua Menteri Regim DAP mendedahkan perancangan besar dalam plan pembesaran infrastruktur jalan di Pulau Pinang yang berjumlah 7 billion.
Projek tersebut merangkumi:-
1- 4.6km jalan pintas Bandar Air Hitam ke Lim Chong Eu Expressway
2- 6.5km terowong bawah laun dari Pesiaran Gurney ke Bagan Ajam
3- 12km jalan berkembar dari Telok Bahang ke Tanjong Bungah
4- 4.2km jalan pintas dari Pesiaran Gurney ke Lim Chong Eu Expressway merentasi pusat bandar
Pisau lihat keempat projek mega ini langsung tidak melalui tender terbuka malah kerajaan negeri langsung tidak memberi sebarang notis atau membuat pengumuman kepada rakyat.Inikah yang dikatakan Cekap,Akauntabiliti dan Telus?
Selepas itu pentadbiran Lim Guan Eng mengumumkan satu projek bernilai RM140juta pembesaran jalan 1.5km Jalan Bukit Minyak-Alma.Dengan hanya jarak 1.5km projek pembesaran jalan ini adalah paling mahal dalam sejarah Malaysia sejak merdeka

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*