Wednesday, September 18, 2019

Gugurkan Kes Rasuah Bukti pencapaian terbaik kerajaan PH?!

Usaha menangani rasuah adalah pencapaian terbaik kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata Malaysia sudah pasti tidak mahu menjadi negara gagal seperti beberapa negara Arab, sebaliknya mahu muncul sebagai sebuah negara yang makmur, damai, berjaya dan menjadi model kepada negara lain.

Katanya, tiada negara lain dapat memerangi rasuah dalam tahun pertama peralihan kuasa seperti pencapaian Malaysia dan beliau yakin semua sasaran kerajaan seperti yang diumumkan dalam manifesto dapat dicapai pada tahun berikutnya.

“Ia tidak mudah (untuk tunaikan manifesto), ada halangan, tetapi saya fikir jika kita berkomitmen (kita mampu capai), cuma perlu masa.

“Ada orang kata jangan sebut perkara 1MDB yang sudah lepas. Saya rasa ini silap oleh kerana ia pencapaian terbaik kerajaan,” katanya selepas ceramah umum di Kampung Mangkalinau, di sini, petang tadi.

Kit Siang berkata, dengan pencapaian kerajaan itu, mereka berharap keputusan pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Parlimen Sandakan pada 11 Mei depan akan berpihak kepada calon DAP, Vivian Wong Shir Yee.

“Keputusan (sama ada memilih Vivian atau calon lain) dalam tangan pengundi. Kita harap kita boleh capai empat objektif kerajaan iaitu mencapai Malaysia baharu, Sabah baharu, Sandakan baharu dan kampung baharu,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan DAP memungut derma dalam kempen di parlimen itu seperti yang tersebar dalam laman sosial sejak semalam, Kit Siang berkata, ia benar kerana DAP parti miskin.

“Ia benar. Ia cara kami, tiada apa yang mengejutkan kerana kami parti yang miskin,” katanya.

Mengenai dakwaan DAP mempunyai ladang seluas kira-kira 32,000 di Lahad Datu, Kit Siang berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

“Saya tidak tahu mengenainya (kewujudan tanah milik DAP) dan ini bermaksud, saya boleh cakap ia tidak betul,” katanya. : https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/05/559200/usaha-tangani-rasuah-pencapaian-terbaik-kerajaan-ph 

Admin :

Kejayaan terbesar DAP dalam usaha menangani RASUAH sejak menjadi Kerajaan Malaysia bermula 9 Mei 2018 adalah Mahkamah Tinggi Malaysia melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat. (sumber)