Guru Menangis Kenangkan Kemunafikan PAS [Video]

Peluang terbaik bagi Umno-Barisan Nasional (BN) menawan Kelantan adalah semasa pilihan raya umum 2004, lapan tahun lalu dan bukannya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli.

Menurut Mohd Hatta, pada pilihan raya umum itu Umno-BN mempunyai kekuatan yang cukup hebat di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku perdana menteri di samping berjaya menampilkan calon-calon terbaik.


“Saya rasa suasana paling goyah Kelantan semasa pilihan raya umum 2004, kalau tengok suasana tersebut Umno-BN ketika itu berada dalam kekuatan cukup hebat, Pak Lah (Abdullah) baru mengambil alih (kerajaan pusat) dengan imej bersihnya dan mereka telah menonjolkan tokoh-tokoh di Kelantan yang hebat seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed (Ahli Parlimen Jeli).


“Bagi anggapan saya ketika itulah peluang terbaik bagi Umno-BN untuk memenangi pilihan raya tetapi mereka masih gagal ketika itu, masih kekurangan tiga kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri)… kemudian berlaku pilihan raya kecil, tinggal satu kerusi dan mereka masih gagal menumbangkan kerajaan negeri,” katanya dalam satu temubual khas bersama Antarapos.


Pada pilihan raya umum 2004 Umno-BN berjaya memenangi 21 daripada 45 kerusi DUN yang ditawarkan dan kemenangan itu dilihat kerana faktor Abdullah.


Umno-BN kini berusaha untuk meraih sokongan pengundi-pengundi di Kelantan melalui kepelbagai program yang diadakan di negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.


Umno yang kini diterajui oleh Datuk Seri Najib Razak turut merangka pelbagai strategi termasuk menggerakkan jentera pilihan raya di samping program sebagai usaha mendekati rakyat negeri itu.


Pada pilihan raya umum 2008, Umno-BN hanya mampu menguasai tujuh kerusi DUN.


Sebelum ini, Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan berkata parti itu akan memberi tumpuan khusus di 23 kawasan DUN dalam usaha untuk merampas negeri itu daripada PAS pada PRU13 akan datang.


Tambah Mohd Hatta, yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, kejayaan parti Islam itu merampas semula beberapa kerusi DUN milik Umno-BN pada pilihan raya umum 2008 merupakan satu kemenangan bergaya.


Beliau turut mencabar Umno-BN agar mengumumkan calon menteri besar parti itu sekiranya mereka mempunyai perancangan teliti bagi merampas Kelantan.


“Pada 2008 kita berjaya menang dengan bergaya, memenangi 39 kerusi DUN bersama Pakatan Rakyat (Pakatan), kali ini serangan Umno memang cukup kuat cuma ia tidak seperti 2008 tidak berani menonjolkan siapa yang bakal jadi menteri besar.


“…walaupun dalam bayangan rakyat Datuk Mustapa tetapi Datuk Mustapa sendiri tidak berapa pasti sama ada nak bertanding DUN atau Parlimen. Ertinya di sana timbul rasa kurang pasti Umno dan mereka tidak yakin,” katanya.


Atas beberapa faktor termasuk isu yang ditimbulkan, Mohd Hatta menegaskan hasrat Umno-BN menawan Kelantan akan gagal dan PAS akan meneruskan legasi pentadbiran negeri itu.


“Beberapa isu kebelakangan ini seperti royalti dan bagaimana kerajaan pusat melayan Kelantan dengan tidak adil menaikkan semula kemarahan rakyat kepada Umno-BN.


“Dengan beberapa perubahan dari segi senario, tokoh-tokoh baru saya yakin hasrat Umno-BN itu akan gagal dan kita akan pertahankan Kelantan,” katanya lagi.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*