Guru Tadika Dera Kanak-Kanak


Seorang guru tadika dipecat dari berkhidmat sebagai guru di tadika itu kerana gambar guru tersebut yang sedang mengangkat muridnya dengan hanya memegang cuping telinga telah tersebar di internet. 

Ibu bapa di wilayah Zhejiang mendapat tahu setelah melihat foto ini terus membuat laporan ke jabatan pendidikan tempatan. Foto tersebut dimuat naik dalam rangkaian laman sosial Weibo.

Guru tadika tersebut, Yan Yanhong berumur 20 tahun kelihatan tersenyum didalam gambar tersebut ketika sedang mengangkat kanak-kanak itu. Walaupun kanak-kanak dalam kesakitan menjerit, Yan Yanhong masih boleh tersenyum. Ini menaikkan kemarahan kaum ibu di wilayah itu. Kesemua foto yang dimuat naik Yan Yanhong adalah melebihi 700 foto yang dirakam oleh guru yang lain.
Banyak lagi foto-foto lain menunjukkan kanak-kanak di dera bermacam-macam cara dan kelihatan sangat menyedihkan. Seorang guru tidak perlu lakukan seperti ini jika kanak-kanak ini nakal, kerana tindakan ini kelihatan terlalu kejam. Setelah ditanya oleh media tempatan, kata Yan Yanhong, dia lakukan sebegitu hanya untuk berseronok dengan murid sahaja.Difahamkan sebuah akhbar tempatan melaporkan, “Pihak berwajib Tadika itu diarahkan agar menyingkirkan guru terbabit serta melaporkan perkara tersebut kepada pihak keselamatan awam tempatan.” 





Siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa dalam kes ini mendapati Yanhong tidak layak untuk kerja sebagai guru tadika, tetapi hanya diambil bekerja sebab kekurangan tenaga pengajar disitu. Dilaporkan awal minggu ini ada lagi seorang guru yang bertindak kejam setelah rakaman yang menunjukkan guru terbabit sedang menampar murid perempuan yang berusia lima tahun sekali lagi mencetus kemarahan orang ramai. sumber
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*