Hadi Awang boleh jadi PM tahun 2020 nanti

Terjebak di dalam isu siapa menjadi Perdana Menteri sekiranya PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustafa Ali menjawab bahawa perkara itu tidak perlu dijadikan polemik oleh pemimpin dan penyokong perikatan pembangkang kerana ia hanya satu harapan ahli, bukannya usul atau keputusan muktamad PAS.Menterjemah kenyataan politik ini ke bahasa harian,ia membawa erti bahawa PAS tidak pernah berniat,bercadang apatah lagi membuat keputusan untuk melantik Hadi Awang sebagai Perdana Menteri sepertimana yang diharapkan oleh ahli-ahli PAS Dan dalam bahasa mudah pula,pengertian ini berbunyi, ‘Hadi Awang boleh jadi PM dalam mimpi sahaja’. Sengaja saya merungkai kenyataan Mustafa Ali ke dalam bentuk paling mudah bagi membantu ahli-ahli PAS memahaminya dengan baik.Ini kerana pengalaman lebih sedekad berhadapan atau‘berkonfrontasi’ dengan ahli-ahli PAS,saya cukup maklum akan sikap mereka yang enggan membaca dan sukar memahami ayat yang panjang dan kompleks.Vokab mereka juga terhad kepada caci dan carut semata-mata.Justeru,saya bimbang jika mereka terpedaya oleh kenyataan Mustafa Ali dan terus dibuai angan-angan yang Hadi akan menjadi Perdana Menteri.Sedangkan itu adalah mustahil memandangkan PAS tidak pernah mengusul atau memutuskannya.Pendek kata,PAS tidak mungkin akan mengingkari perjanjian dengan sekutunya.PAS tidak akan mencabar PKR dan DAP serta tidak pernah berniat untuk menjadi parti dominan dalam pakatan mereka. 
PAS akur akan sentiasa menjadi pemangkin dan bukan peneraju kepada PR.Mustafa Ali juga mengakui yang PAS tidak mampu berdiri dengan sendirinya dan PR tidak mungkin akan memenangi empat negeri secara bersendirian.Kenyataan Mustafa tampak begitu merendah diri,mungkin bimbang disergah DAP. Sedangkan, jika dilihat dari sikap DAP, mereka beria-ia ingin meletakkan calon-calon Melayu dan memperbanyakkan kerusi yang ditandingi.PKR juga begitu keras menuntut kerusi-kerusi PAS atas alasan mengimbangi kuasa dalam kerjasama mereka dan PKR lebih licik kerana meletakkan orang-orang mereka di dalam PAS bagi memastikan agenda Anwar tetap berjalan lancar walaupun sekiranya PKR tidak memenangi kerusi yang mencukupi.Semua ini memperlihatkan bagaimana PKR dan DAP berusaha memastikan parti mereka mempunyai kuasa yang lebih.PKR mempertaruhkan kuasa mutlak di atas kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri,manakala DAP pula yakin mempunyai kuasa mutlak dengan memegang segala rahsia Anwar. Hanya PAS sahaja yang memperlihatkan sifat mengalah dan merendah dalam PR sepertimana yang ditonjolkan oleh Mustafa Ali. 
Jika kepimpinan atasan sendiri sudah mengakui tidak punya niat untuk mendominasi PR dan tidak punya keinginan untuk memastikan PAS menguasai pakatan,jauh sekali untuk mengimpikan jawatan Perdana Menteri,maka bagaimana ahli-ahli PAS masih berangan-angan dan melaung konon akan melaksanakan hudud ??? Jika ketua enggan berjuang,bagaimana pengikut boleh mengimpikan kemenangan ??? Jika PAS tidak menguasai PR,bagaimana Islam PAS boleh menang seperti yang dicita-citakan oleh Hadi Awang ??? Pernahkah ahli-ahli PAS terfikir akan hal ini ??? Atau mampukah ahli-ahli PAS befikir sejauh ini ??? Ahli-ahli PAS perlu terima hakikat bahawa pemimpin mereka hanya mampu memimpin mereka, tetapi tidak mampu menerajui PR,apatah lagi negara ini dan ia bukan hanya kerana mereka tidak layak,tetapi juga kerana mereka tidak berani dan tidak mahu mengatasi Anwar dan DAP.Kesimpulannya,benarlah kata orang bahawa pemimpin PAS adalah pak turut,balaci,barua,kuda tunggangan,anjing kurap kepada Anwar dan DAP.Ini hakikat yang sukar untuk ditelan tetapi benar belaka. 
sumber: BR

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*