Hadi Awang Dan Nik Aziz Tunggu Bantuan Syaitan?

Ramai lebai berstatus ulama kononnya hari ini dengan semborono melemparkan kata-kata yang tidak elok kepada terutama rakyat Malaysia secara umumnnya. Inilah manusia yang tidak mengajar orang lain erti syukur dan berterima kasih….Hadi awang dan Nik Aziz bukan guru yang baik,kerana kata2 mereka ini secara automatik ramai juga yang akan menyalahkan kerajaan dengan bantuan2 yang pernah disalurkan kepada mereka..dahulu Nik Aziz pernah berkata bantuan dari Syaitan pon dia sanggup terima tetap..Kenapa bantuan dari kerajaan Islam yang menjadi pemerintah hari ini diselar sewenang-wenangnya..apakah Nik dan Hadi sudah mencapai makam yang tertinggi sehinggakan boleh menafsirkan niat orang lain?

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai ‘bodoh’. Beliau berkata bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak akan mendatangkan keuntungan kepada rakyat namun hanya sebagai alat untuk Barisan Nasional (BN) memancing undi menjelang pilihan raya. 


 “Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh,” kata beliau pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dia Jalan Putra, malam tadi. Majlis itu dihadiri lebih kurang 200 orang dan turut disertai Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak. 


 Kenyataan Hadi itu disifatkan sebagai senada dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang menganggap penerima BR1M sebagai ‘lembu dan ayam’. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata Nik Aziz telah menghina rakyat Malaysia.-Antarapos.com


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*