Hadi Awang Gugurkan Mustapha [Video]

Kejayaan sabotaj Mustapha Ali berjaya dilakukan oleh PKR/DAP hingga memaksa Hadi Awang mengugurkan Mustapha Ali, Syabas PKR!

Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang memberi respon bahawa Setiausaha Agung Pas Dato’ Mustaffa Ali yang digemparkan dengan isu video sex tidak akan bertanding dalam PRU 13.
Bagaimanapun beliau akan meneruskan perkhidmatan Dato’ Mustaffa Ali sebagai Pengarah Pilihanraya Pas Pusat.
“Dia bertanding di semua tempat di Malaysia, dia Pengarah Pilihanraya Pas,” kata Haji Hadi kepada beberapa wartawan di perkarangan Masjid Rusila tadi.
Mengulas lanjut dengan insiden tersebar video sex Mustaffa Ali, Hadi berkata:
“Saya tak suka politik seperti ini dilakukan untuk mengaibkan pemimpin hatta kepada Dato’ Najib sekalipun”.
Presiden Pas berkata, beliau akan solat hajat bersendirian bagi mendapat pertunjuk Allah mengenai isu pembongkaran video sex yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung Pas, Dato’ Mustaffa Ali.


 

Sumber Asal – Pulau Lang Tengah 

*Dulu seorang ketua penerangan PKR dikantoikan dengan tragedi lancap di opis,Lepas ini PKR akan buat apa pulak?!Hanya rakan-rakan dan kenalan mereka yang kenal hati budi mereka. Now kawan makan kawan…Simpul biawak!!!!
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*