Hadi Awang Syirik Buku Jingga?!

Insyaallah kita buktikan sekiranya kita ke Putrajaya, kita menunaikan janji Buku Jingga, janji yang akan ditepati, bukan menepati janji selama 50 tahun. Kita tahu rakyat diperkudakan!!

Alhamdulillah, tidak ada program parti malam ini, dapatlah melihat apa yang berlaku dalam dunia internet khususnya fb yg memaparkan banyak sekali pembohongan pembangkang serta diayah-diayah orang yang mengaku ‘cerdikpandai Pas’ khususnya pimpinan mereka termasuk Hadiawang yang …bila semakin banyak beliau bercakap, semakin banyak pula terpesong dari landasan Islam, dan terperangkap dengan jerat DAP yang telah berjaya mensyirikkan mereka.

Saya mengucapkan terimakasih kepada Malaysia Kini (News and views that matter) yang memaparkan ucapan Hadiawang petang tadi (25 Feb.2013) yang disampaikannya di kepada perwakilan Pas di Pusat Konvensyen Shah Alam, yang membolehkan kita membaca fikiran pemimpin utama Pas itu yang semakin merosot PEMIKIRAN ISLAMNYA, kerana dipengaruhi nafsu rakusnya untuk menguasai Putrajaya bersama-sama rakan kongsinya kafir Harbi lagi komunis iaitu DAP.
Beliau dengan lantang mengkritik pemberian bantuan Kerajaan kepada rakyat yang kurang berkemampuan di negara ini yang dinamakan BR1M itu sebagai perbuatan ‘memperbodohkan rakyat’ dan menuduh Kerajaan Malaysia pimpinan BN itu kononnya sama dengan ‘Firaun’ . 
Saya tiba-tiba timbul rasa kasihan belas kepada Hadiawang yang begitu bernafsu untuk menawan Putrajaya, padahal beliau dan rakan-rakannya termasuk Nikaziz dan Matsabu adalah tidak lebih dari alat dan perkakas Kafir Harbi Lagi Komunis DAP itu sahaja…
Mereka bertiga itu ibarat batang-batang kayu yang dipaku kepada dua batang kayu yang lain yang saiznya panjang (sepanjang mengikut citarasa pembuatnya) yang dinamakan ‘Sigal’ oleh orang Pantai Timur dan ‘Tangga Kayu’ dalam bahasa surat..di mana bila pendakinya sudah naik ke atas, sigal itu dengan mudah boleh ditolak kerana tidak perlu lagi. 
Beliau seolah-olah sudah ‘hilang akal’ dan ‘hilang pertimbangan’ bila bercakap soal pilitik, dengan melabelkan seorang Islam tulin, pemimpin-pemimpin Umno yang mengetuai KerajaanBN mentadbir negara dengan efisyen dan penuh berkebajikan itu, sama dengan ‘Firaun’ yang dimurkai Allah serta menjadi musuh kepada Nabi Musa (Alaihissalam).
Beliau tidak berlapik langsung dalam mengutuk pemimpin yang telah berjaya memajukan negara ini, berjaya mengekalkan keamanan dan ketenteraman, berjaya membawa negara menuju ‘Negara Maju’ di mana beliau antara yang mendapat nikmat itu..
Beliau kelihatan begitu keras sekali menghentam seorang pemimpin yang seagama dengannya dengan gelaran Firaun terkutuk itu, dan pada masa yang sama berpelukan erat dengan musuh-musuh Islam dari DAP lagi Komunis, yang menghadiri konvensyen Pas itu. 
Dengan nada yang angkuh beliau berkata:
“Cerita BR1M ini bukan cerita baru, Al Quran sudah menceritakan lebih lima enam ribu tahun yang lalu, Firaun telah mengagih BR1M “ katanya sambil diiringi ketawa perwakilan di pusat konvensyen Shah Alam itu. 
Anehnya, dalam ucapannya itu Presiden Pas ini tidak pula merujuk kepada Al Quran segala ucapannya itu, melainkan merujuk beberapa kali ‘Kitab Jingga’ karangan Kafir Harbi lagi Komunis DAP, yang diterima pakai oleh pemimpin-pemimpin Melayu pak turut ini sehingga dalam kitab Pakatan Pembangkang itu langsung tidak menampakkan ‘Islam’ menjadi perjuangan Pas, padahal di kampong-kampong mereka JUAL MURAH-MURAH ISLAM DAN HUDUD, sehingga ke hari ini…padahal dalam Kitab Jingga rujukan suci Pas itu secara jelas mengenepikan Islam.
Dengan lantang Katanya, “Insyaallah kita buktikan sekiranya kita ke Putrajaya, kita menunaikan janji Buku Jingga, janji yang akan ditepati, bukan menepati janji selama 50 tahun. Kita tahu rakyat diperkudakan . Buku Jingga menyelesaikan masaalah, bukan membodohkan rakyat. Insyaallah rakyat tidak boleh dibodohkan, tanggungjawab kita mencerdikkan rakyat” kata Hadiawang.
Betulkah Hadiawang tidak membodohkan rakyat? bagaimana dengan seruan anda baru-baru ini, agar semua umat Islam di negara ini membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah ? ..Agama kristian memepercayai tuhan mereka tiga..Hadiawang bolehkah terima mereka berkata di hadapan anda bahawa Allah mereka tiga?
Tahukah tujuan krisrtian anjuran Guan Eng (pemimpin yang anda sembah itu) untuk menggunakan perkataan Allah? jawabnya ialah mereka hendak terjemaahkan Bible itu ke dalam Bahasa Melayu dengan menyebut nama Allah menggantikan perkataan God, Lord dan lain-lain gelaran tuhan mereka, bertujuan untuk menarik hati para pelajar dan pembaca Melayu untuk mendekati Kristian dan akhirnya memeluk kristian ..! 
Jadi, membuatkan umat Islam negara ini menjadi ‘SYIRIK ADALAH PERBUATAN MEMBODOHKAN RAKYAT TAHAF TERTINGGI TUAN HAJI !!! para mufti dan para ilmuan Islam serta ulama-ulama pondok negara ini semua MENGANGGAP ANDA BUKAN SAJA MEMBODOHKAN RAKYAT, TETAPI MENJADIKAN UMAT ISLAM NEGARA INI MENJADI SYIRIK..
Saya dengan rendah hati meminta Tuan Haji agar kembali ke pangkal jalan..ingatlah Allah Maha Penerima Taubat, sekiranya kita benar-benar ikhlas ingin kembali kejalanNya. 
Maaf saya memanggil Tuanhaji kepada anda , kerana anda bersatu dengan DAP yang menganuti ideologi komunis, yang sama sekali tidak boleh terima gelaran Dato’..lihatlah mana ada Guan Eng terima gelaran Dato’ mana ada Kit Seang terima gelaran Dato’..mana ada Karpal Singh terima gelaran dato’ ..padahal mereka kuasai Pulau Pinang, Kedah dan Selangor, mereka boleh dapat gelaran Dato’ kalau mereka mahu..~! itulah perjuangan komunis yang anti ‘Monarki’ atau ‘Anti Raja’.
Wallahu a’lam Bissawab wa ilaikalmasir 
sumber:
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*