
Beliau yang merupakan individu yang turut terkena tempias kesan daripada pegangan terhadap Amanat Haji Hadi seterusnya menambah, tidak ada maknanya selagi Hadi tidak menarik balik amanat tersebut.
“Saya sendiri yang turut terkena tempiasnya cukup terasa sehingga ke hari ini. Sebab itu saya minta Hadi tarik balik amanatnya itu. Kesannya cukup besar dan sebab itulah saya ingin tegaskan sekali lagi beliau perlu tarik balik.
“Paling tidak pun beliau perlu turun ke akar umbi….Jumpa dengan mereka yang telah kembali ke pangkal jalan menyatakan apa yang sebetulnya dan bukan bertindak atas dasar kepentingan politik dan sebagainya,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Ramlan seterusnya menambah Presiden Pas itu dilihat kelemasan setelah amanatnya hari ini menimbulkan pelbagai polemik dalam masyarakat dan diperkatakan umum.
Atas dasar itulah kata beliau lagi Hadi dilihat cuba mencipta pelbagai drama baru dalam usaha menaglih tumpuan rakyat khususnya umat Islam terhadap isu berkenaan.
“Saya percaya akan banyak isu lain yang akan timbul untuk mengalih tumpuan terhadap perkara ini. Apa pun bagi saya, amanat berkenaan perlu ditarik balik. Itu sahaja,” katanya.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Leave a Reply