Hadi Persalahkan Ulama Sokong UMNO

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan Antarapos menyatakan kehairanan dengan sokongan ramai ulama dan guru agama terhadap Umno sedangkan partinya pula mendapat sokongan daripada golongan artis.


“Malam tadi seorang artis bercakap, saya tidak hairan kalau artis sokong PAS, yang saya hairan kalau ustaz dan mufti sokong Umno.
“Ustaz dan Mufti sokong Umno, artis sokong PAS…mengapa selalu jadi macam ini, itu saya tidak faham,” kata Hadi yang memetik rintihan artis itu ketika menyampaikan ucaptama Konvensyen Antarabangsa Pendidikan (KAP) 2013 di Universiti Selangor (Unisel) cawangan Shah Alam, 4 Februari.
Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman dalam kenyataannya baru-baru ini berkata PAS mungkin akan hilang identiti sebagai peneraju kepimpinan Islam sekiranya mereka dilihat tunduk kepada DAP dan PKR.
Ustaz Hazizi berkata, PAS mesti berani membuat keputusan yang besar dan bukan sekadar mengejar sokongan demi kepentingan politik semata-mata.
“Parti-parti yang lain berpegang pada ideologi barat dan mekanisme mereka (DAP dan PKR) untuk membuat keputusan tidak perlu merujuk kepada ahli agama.
“PAS berada dalam PR yang bertentangan ideologi, mereka nak Islam tetapi DAP dan PKR tak nak,” ujarnya. – AIDC
Pengalaman daeng, banyak guru yang berfikiran politik pembangkang akan lebih kepada mencaci maki dan menghina kerajaan, termasuk juga di zaman universiti / IPTA..Tak cukup dengan itu ada yang segelintir berceramah dalam kelas bukan nak mengajar tapi menanam sentimen kebencian kepada kerajaan. Daeng pernah merasakan 2 waktu pembelajaran dihabiskan dengan cerita pembangkang wahlan waktu tersebut matapelajaran sains…experiment tak buat pun…Tapi Alhamdulillah guru-guru agama di sekolah daeng melakukan tugasnya dengan penuh amanah, Daeng bukan nak tuduh² tapi begitulah ceritanya, Sepatutnya cikgu/guru yang nak berpolitik tu itu pada batasannya..atau berhenti jadi pengajar kalau rasa-rasa syok nak tabur pendapat politik pada anak-anak murid di sekolah.Tapi saya maafkan cikgu sains teman…- daeng

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*