Hakim Tangguh Tony Pua Saman Kerajaan Malaysia

Prosiding kes saman difailkan Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak atas dakwaan melakukan salah laku dalam jawatan awam berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digantung sehingga perbicaraan kes jenayah bekas Perdana Menteri itu selesai.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rozana Ali Yusof membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas membenarkan permohonan Najib untuk menggantung prosiding kes itu yang dihadiri peguam Tan Cheng Leong mewakili Pua, Nor Emelia Mohd Iszeham mewakili Najib dan Peguam Kanan Persekutuan Habibah Haron bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia.

“Pada asasnya permohonan tersebut wajar dibenarkan kerana terdapatnya kes jenayah terhadap Najib (kes 1MDB di Mahkamah Tinggi) yang melibatkan fakta-fakta yang sama dengan kes sivil ini,” kata Tan.

Tan berkata mahkamah menetapkan 6 Julai untuk pengurusan kes selanjutnya bagi memaklumkan perkembangan mengenai status kes jenayah Najib di Mahkamah Tinggi.

Habibah ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu.

Pua memfailkan saman terhadap Najib dan kerajaan pada 16 Jan 2017 atas dakwaan Najib terlibat dalam salah laku pentadbiran awam dan kerajaan membabitkan 1MDB dan menuntut ganti rugi am, tambahan dan teladan, faedah, kos serta relief lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pua mendakwa Najib adalah seorang pegawai awam kerana beliau ialah Ahli Parlimen Pekan, perdana menteri pada ketika itu dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, dan dalam kapasiti berkenaan beliau mempunyai peranan secara langsung dan tidak langsung dalam membuat keputusan dan hala tuju 1MDB.

Mahkamah Tinggi di sini sebelum ini menolak saman Pua atas alasan Najib bukan seorang pegawai awam dan dengan itu beliau tidak boleh disaman atas dakwaan salah guna kedudukan jawatan awam.

Pua juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada Julai 2018 yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, selepas rayuannya ditolak.

Bagaimanapun beliau mendapat kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Pada 19 Nov 2019, Mahkamah Persekutuan memutuskan Najib semasa menjadi perdana menteri adalah seorang pegawai awam dan boleh disaman atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam.

Mahkamah itu memutuskan Pua boleh meneruskan samannya terhadap Najib dan Kerajaan Malaysia melalui perbicaraan di Mahkamah Tinggi Sivil.

BERNAMA

 

PST : Bila orang gila pegang kuasa, semua benda dia nak saman dan politikan. RCI dah buat jelas Najib tak terlibat. Apalagi wayang puak kafir laknatullah ini mahu buat?! Toll MEX bila nak mansuh?!