Hamidzun Bakal Saman KeadilanDaily


Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin akan mengambil tindakan undang-undang ke atas portal berita KeadilanDaily yang melaporkan beliau terbabit dengan insiden sekumpulan 30 samseng, membaling telur, batu dan kayu di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Petaling Jaya.

Hamidzun berkata beliau berada di Shah Alam atas urusan kerja dan tidak punya masa untuk menyertai mana-mana pihak membuat kecoh di ibu pejabat parti itu.

Justeru baginya, laporan itu adalah fitnah dan beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap lidah rasmi PKR itu, yang padanya membuat laporan tanpa usul periksa.

“Ini merupakan fitnah yang melampau. Saya seorang berketurunan Jawa dan bukannya berketurunan (Kesultanan) Sulu. Saya merupakan ahli politik atau pun aktivis NGO,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

KeadilanDaily hari ini melaporkan Setiausaha Kerja Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Othman sebagai berkata Hamidzun dan Pesuruhjaya TIBAI Wilayah Persekutuan dan Selangor, Wan Indra Putra Ahmad antara individu yang disyakki terlibat dalam serangan itu. 
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*