Harakah Kebal Dari Disaman?!

Seperti yang diketahui, lidah rasmi Pas iaitu Harakah selalu mengeluarkan tuduhan yang pelbagai kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) tentang kononya wujud pelbagai kepincangan dalam system pilihanraya di Malaysia. Tuduhan tersebut merangkumi semua aspek daripada daftar pemilih sehinggalah proses pilihanraya.

Antara tuduhan yang menarik minat penulis ialah tuduhan mereka kononya ada pemegang kad pengenalan bersatus pemastautin sementara telah didaftarkan sebagai pengundi dalam Daftar Pemilih SPR.
Akhbar Harakah pada keluaran 15 hingga 18 Oktober 2012 telah menyiarkan kenyataan Naib Presiden Keadilan, Y.B Fuziah Salleh bahawa terdapat pemegang Kad Pengenalan berstatus Pemastautin Sementara telah didaftarkan sebagai pengundi dalam Daftar Pemilih SPR. Sehubungan dengan itu, pihak SPR telah menegaskan bahawa berdasarkan semakan yang dilakukan oleh SPR dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkaitan nombor kad pengenalan Hasmidah binti Surahbil, adalah disahkan bahawa beliau adalah seorang warganegara Malaysia dan dengan itu, beliau layak untuk didaftarkan sebagai pemilih.
Pendaftaran beliau sebagai seorang pemilih telah dibuat oleh SPR berdasarkan kepada kad pengenalan beliau yang sah dan selepas melalui proses semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Hasil semakan itu juga mendapati bahawa Hasmidah binti Surahbil telah memohon mendapatkan status warganegara pada tahun 2002. Permohonannya telah diluluskan pada tahun 2007 dan beliau sejak itu telah diberikan MyKad yang sah. Seterusnya..
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*