HARAM: Airmata Memali

D

Memang PAS akan panas hati dan merah muka bila disebut tentan perihal “Tabung Memali”, khususnya PAS Kedah. Ada yang merah telinga dan ada pula yang tak tahan pedih hati lari meninggalkan meja bila dibincang mengenai hal tersebut.
Tabung Memali sememangnya satu topik yang sangat sensitif kepada PAS. Maklumlah, setelah pihak Kerajaan Pusat berjaya memberikan keamanan dan menjamin kebajikan para balu dan anak-anak yatim di Memali, PAS pula yang terpalit tahi.
Persoalannya, mengapa marah sangat kalau tidak ada apa-apa yang mengaitkan PAS dengan tabung tersebut? PAS ada buat salah, kah?

Sebagaimana maklum, sebuah buku pernah dikarang oleh seorang bekas ahli PAS tegar, Cikgu Non, bertajuk “Airmata Memali” yang telah dihukum sebagai “haram”.

Di dalam buku tersebut, begitu jelas diceritakan penulisnya bahawa terdapat penyelewengan besar yang berlaku terhadap Tabung Memali yang dikutip bagi memastikan kebajikan balu-balu dan anak-anak yatim terbela.

Persoalan yang dilontarkan oleh Cikgu Non ialah siapakah sebenarnya yang telah songlap melesapkan sebahagian besar wang tabung tersebut yang dikatakan berjumlah jutaan ringgit?
Saya tidak mahu menceritakan kandungan buku tersebut dan sekiranya berhajat sangat untuk mengetahui rahsia di sebalik penyelewengan Tabung Memali, rasanya para pembaca boleh dapatkan senaskhah buku itu sebagai koleksi peribadi.
Namun impak yang diperoleh oleh Cikgu Non menerusi buku itu bukanlah sesuatu yang boleh menjadikannya sebagai orang kaya. Malah buku itu dikatakan mampu menyebabkan dia menjadi “mayat”!
Bayangkan, hanya kerana membongkarkan mengenai penyelewangan Tabung Memali oleh pihak-pihak yang zalim berkopiah itu, Cikgu Non terpaksa berdepan dengan pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh.


Menyedari dirinya hidup di dalam sebuah negara bertamadun dan mempunyai undang-undang, Cikgu Non terpaksa ke balai polis bagi melaporkan ugutan-ugutan yang diterima hasil dari karyanya yang membongkar rahsia puak-puak “spesis hijau”!
Saya kurang kenal dengan “spesis hijau” tersebut, namun khabarnya puak-puak itu sering mengadakan himpunan yang menghuru-harakan rakyat untuk “melompat” ke Putrajaya dan menipu setiap malam di atas pentas sambil mengedarkan “tabung”.

Entahlah tabung apa yang diedarkan, tapi yang pasti berkemungkinan besar “tabung-tabung” itu turut akan “terkorban” senasib dengan Tabung Memali.
Hakikatnya kini, siapakah yang mengambil berat tentang kebajikan para balu dan anak-anak yatim yang terbabit dalam insiden berdarah di Memali itu? Sudahlah tabung yang diamanahkan untuk mereka licin dikebas, masa depan mereka entah bagaimana.
Kalau Tabung Memali pun boleh “dilesapkan” begitu saja, bayangkanlah apa yang akan terjadi jika “golongan katak-katak hijau” ini memegang dana kerajaan yang sudah tentu bernilai berbilion-bilion ringgit..kan?
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*