Harga Kereta Bukti PKR Pakar

KUALA LUMPUR 26 Julai – Semakin hampir pilihan raya umum ke-13, pembangkang dilihat sekali lagi cuba memomokkan pengundi dengan pelbagai janji untuk mendapatkan sokongan seperti apa yang dilakukan mereka ketika pilihan raya 2008.
Penurunan harga kereta adalah janji terbaru yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dengan menyatakan pembangkang akan merombak dan menyusun semula Dasar Automatif Negara jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Masjid Tanah, Amiruddin Yusof menyifatkan pembangkang sudah ketandusan modal dan terpaksa mengulangi semula apa yang dilakukan empat tahun lalu dengan membuat pelbagai janji pilihan raya.
“Tidak perlulah buat janji baru, janji lama masih lagi banyak tidak tertunai, banyak janji yang dibuat masih tak dilunaskan, tak perlu susah payah, turun cukai tanah dan kediaman di negeri yang mereka perintah maka lakukanlah itu dahulu baru boleh bercita-cita besar.
“Dulu kata nak beri pelbagai bantuan kepada rakyat Selangor, tapi sekarang apa yang sudah dilakukan oleh mereka? Itulah cara pembangkang berpolitik, mereka hanya pandai berjanji dan bercakap sahaja tetapi tidak mampu melaksanakan walaupun punyai kuasa,” katanya.
Beliau yang juga ADUN Air Limau berkata, berbeza dengan Barisan Nasional (BN), semua janji yang dibuat sudah dilaksanakan dan ada juga yang masih dalam perlaksanaan yang mana ia bukan sahaja berbentuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan rakyat malah turut membabitkan bantuan untuk meringankan bebanan rakyat.
“Apa yang kita janji kita laksanakan, janji BN adalah untuk membantu rakyat sebab itu bantuan yang diberi mencakupi semua lapisan dan peringkat umur. BN tidak pilih kasih dalam memberi bantuan, siapa yang layak boleh menerima bantuan tanpa mengira siapa yang mereka sokong, itulah beza BN dengan pembangkang.
“Mengenai pengangkutan awam, banyak perubahan yang telah dilakukan kerajaan untuk rakyat, bukan sahaja tertumpu di Lembah Klang malah di seluruh negara juga turut menerima transformasi dan perubahan untuk rakyat,” katanya.
Menurutnya, meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan kemudahan rakyat adalah antara janji yang telah dilaksanakan oleh BN untuk rakyat, dan apa yang telah dilakukan pembangkang terhadap perkara itu di negeri yang mereka perintah. – MediaUMNO

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*