Haron Din Dimaki Hamun Dan Ugutan Dari Mereka Sendiri

Hanya kerana berbeza pendapat dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dalam isu penggunaan Kalimah Allah untuk orang bukan Islam, Ustaz Haron Din sendiri telah di maki hamun oleh orang Islam yang menyokong pakatan rakyat walaupun berada dalam satu pakatan yang sama…

Setelah sekian lama Ustaz Haron Din berjuang dibawah payang PAS…kini Ustaz Harun Din terpaksa memilih untuk berjuang bersama-sama orang yang syirik dan kufur yang sanggup menjual kalimah Allah untuk kepentingan politik atau bertindak meninggalkan PAS secara rasminya…

  
Walau bagaimanapun Ustaz Haron Din tetap bertegas bahawa beliau akan mempertahankan kalimah ALLAH sehingga ke akhir hayat. Di dalam video di bawah jelas kelihatan bagaimana Ustaz Harun Din begitu kecewa dengan sebahagian pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat yang tidak bertegas dengan isu ini.
Jadi kita sama-sama nantikan keputusannya…
Sekarang kita tunggu giliran Ustaz Harun Taib dan Ustaz Nik Zawawi untuk bersama-sama menyertai Ustaz Harun Din, Ustaz Nasha dan Dr Hassan Ali meninggalkan PAS…TAKBIR!!
Saksikan video pengakuan Ustaz Haron Din dimaki hamun oleh penyokong pakatan haram..
 
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*