Harun Din Kekal Larangan Kongsi Kalimah

Bukan Islam di Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan kalimah Allah, demikian penegasan untuk kali kedua Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

“Saya selama-lamanya akan pertahankan kalimah Allah…tak akan reda sama sekali kalimah itu diletak (menggantikan ‘God’ dalam Bible versi bahasa Melayu).
“Boleh jatuh syirik dan (sesungguhnya) Allah tak ampunkan dosa orang yang lakukan syirik,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Untuk rekod isu kalimah Allah dicetuskan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas tahun lalu apabila beliau mendesak kerajaan pusat membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Keputusan Guan Eng ini pada mulanya disokong oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat namun selepas bermesyuarat pada 14 Januari lalu, Majlis Syura Ulama PAS telah menolak keputusan tersebut.
Keadaan ini menambahkan kerumitan kepada DAP apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan kepimpinan tertinggi DAP tidak pernah bersetuju dan menerima keputusan Majlis Syura PAS berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Malah pemimpin veteran DAP itu turut menyanggah Majlis Syura yang tidak sepatutnya berpegang kepada keputusan kalimah Allah hanya untuk orang Islam kerana ia bercanggah dengan hasil mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR. – Sumber
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*