HB1M Tak Setuju Tak Mengapa

Gamat PERHIMPUNAN BARISAN 1 MALAYSIA di Kolej Perubatan Bersekutu di Ulu Kinta dengan ucapan Dato Ahmad Maslan dalam siri Ceramahnya semasa HB1M! Bila ditanya dan diceritakan bagaimana penghinaan Tuan Guru Nik Aziz menghina semua penerima BR1M sebagai binatang, semuanya ditabur makan macam Lembu dan Ayam yang datang makan
Tang mana yang sakit benor hatinya tak tau ler teman, kenapa tak tanya dan persoalkan kepada Orang PAS dan pakatan rakyat sendiri yang ambik jugak BRIM tu apa pulak, kalau tak lembu dan ayam apa pulak, tak kan anjing dan kinzir makan nasik pulak
Jangan sembang ler pulak kalau kata orang bagi kita ambik, hahaha… Memang tak kasi macam tu jer, kena Isi borang dulu beb, kena hantar borang dan tunggu surat tanda lulus atau tidak, jadi kalau yang mengata tu paling hampeh apa lagi cai dia yang jugak binatang? Lagi teruk dari ayam dan lembu…
Prof Siva jugak nampaknya punyai peminat, tekun peserta duduk dibangku mengikuti ceramah beliau, beliau yang petah berbahasa Melayu dengan baik meyentuh keamanan sedia ada apakah mahu diperjudikan
Menteri Besar Perak Dato’ Seri Diraja Dr Zambry bin Abdu Kadir akhirnya mendapat tepukan yang begitu gemuruh dan setiap kai dilaungkan 1 maka bergemalah sahutan Malaysia, 1Barisan Nsional mengegarkan Dewan Seri Perdana yang dipenuhi oleh rakyat negeri Perak dari serata pelusuk daerah.
Untuk semua yang terlibat teman nak ucapkan Tahniah.. KOMER MEMANG HEBAT YOP!
Kengganan pembangkang menandatangan Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International menggambarkan bahawa tindakan mereka tidak selaras dengan apa yang disuarakan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sekiranya tohmahan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dilemparkan pembangkang selama ini benar, mereka sepatutnya menyahut cabaran seperti yang dilakukan oleh pemimpin BN.
“Kami pemimpin BN bersedia untuk tandatangan yang dipanggil perjanjian aku janji supaya kami akan ikut tatacara peraturan-peraturan dalam pilihan raya termasuk mengelak rasuah politik.
“Bila ditanya kepada mereka (pembangkang)… mereka kata tidak payah kerana tandatangan atau tidak tetap sama juga,” kata beliau ketika berucap di hadapan lebih 5,000 orang yang hadir pada Himpunan Barisan 1 Malaysia di Dewan Sri Perdana, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu Kinta.
Pada perhimpunan itu, sebanyak 35 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari seluruh Perak berkumpul sejak pagi lagi bagi menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan BN dan Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Perak.
Dalam ucapannya, beliau turut mengingatkan rakyat untuk terus mengekalkan keamanan dan kestabilan yang dikecapi hasil pentadbiran kerajaan BN sejak menerajui negara sejak 50 tahun lalu.
Beliau turut menasihatkan rakyat tidak mudah terpedaya dengan cubaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimport gerakan ‘Arab Spring’ ke Malaysia yang mampu melumpuhkan keharmonian negara yang sedia ada.
“Atas nama reformasi, kerajaan zalim, kerajaan itu dan ini sebab dia (Anwar) cuba bawa Arab Spring untuk tukar kerajaan. Katanya, kalau di Arab boleh buat, mengapa di Malaysia tak boleh buat?
“Jika dia hendak buat (Arab Spring) tengoklah negara yang macam mana. Apakah negara kita negara diktator? Apakah negara kita tidak beri kebebasan kepada rakyat?” tegas Zambry lagi.
Sehubungan itu, beliau meminta kesemua NGO yang hadir untuk terus bekerjasama memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus kekal bersama-sama BN. – TG
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*