Hidung Besar Hidu Najis Sendiri

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sudah biasa mengeluarkan kenyataan-kenyataan dilihat `lepas cakap’ dan `ikut sedap mulut’ sahaja selain tidak berlandaskan fakta, termasuk kenyataannya baru-baru ini bahawa insiden tembak-menembak yang di Lahad Datu baru-baru ini sehingga mengorbankan dua anggota polis merupakan satu konspirasi UMNO dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat.

Ketua UMNO bahagian Tanjong Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata semua orang tahu bahawa soal keselamatan negara ini bukanlah soal yang boleh dipolitikkan.

“Takkanlah kita nak jemput orang dari luar datang untuk menceroboh negara kita, kemudian kita anggap itu satu konspirasi Barisan Nasional untuk menarik sokongan rakyat, kononnya Datuk Seri Najib akan ke Lahad Datu dan Semporna, dengan hanya satu perkataan, maka selesaikan masalah itu, nampak seolah-olah Tian Chua memang mengharapkan ianya satu tindakan BN sebagai satu konspirasi khususnya dalam menghadapi pilihanraya.

“Kita pun tahu sempadan Sabah begitu luas dan saya pasti penceroboh-penceroboh itu masuk melalui kawasan-kawasan yang tidak mendapat kawalan kerana kawasan sempadan Sabah itu terlalu panjang. Ianya cukup luas,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Slim.

Tambahnya lagi, apa yang dilakukan oleh Tian Chua ini adalah semata-mata kerana dalam pemikiran dia, apa sahaja yang berlaku merupakan satu konspirasi BN.

“Kalaulah ianya konspirasi, takkanlah sampai anggota keselamatan kita terkorban dalam kes di Lahad Datu dan Semporna. Apa yang dinyatakan oleh Tian Chua ini adalah satu sikap yang cukup tidak bertanggungjawab dari seorang warganegara yang semata-mata menganggap satu-satu peristiwa itu adalah dibelakangnya konspirasi politik dan perkara ini amat mengecewakan rakyat di seluruh negara khususnya ahli keluarga anggota yang terkorban.

“Apa yang dikatakan Tian Chua sudah pasti lebih merupakan satu kenyataan politik yang tidak berasaskan kepada fakta dan niat kita untuk mempertahankan negara,”


*Takde klass langsung seorang pemimpin cakap guna hidung…Terlalu banyak makan babi tu pasal perangai macam puk*mak!!!!Pergi jaga kandang babi asia pasifik~
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*