HIMPUNAN FATWA NIK AZIZ

Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (born 1931 in Pulau Melaka, Kelantan) is a Malaysian politician, a Muslim ulama and currently the Menteri Besar of the state of Kelantan. He is the Mursyidul Am or spiritual leader of the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS).

Ada orang PAS, yang “kurang senang” dengan Nik Aziz.
Ada orang bukan PAS, yang bencikan Nik Aziz …

Nik Aziz adalah seorang Tok Guru yang disegani dan dihormati rakan & lawan. Seorang yang kelihatan warak dan kelihatan merendah diri selah-olah seperti orang biasa/kebanyakan, sedangkan beliau adalah Mursyidul Am merangkap Menteri Besar. Hakikatnya, beliau juga seorang ahli politik.

Apapun, Nik Aziz masih lagi seorang manusia yang pandangannya, pendapatnya, ideologinya terbatas sebagai seorang politikus dan sebagai seorang manusia (yang bukan Maksum dan bukanlah Malaikat) yang mana pastinya akan wujud khilaf , salah atau silap.

Setelah aku fikir-fikirkan dan aku nilai-nilaikan beberapa lama, nampaknya aku terpaksa senaraikan 7 KESILAPAN NIK AZIZ YANG SEPATUTNYA DITEGUR OLEH ORANG SEKELILINGNYA & ORANG YANG MENYAYANGINYA supaya beliau tidak terus hanyut dalam keadaan “tidak sedar melakukan kesilapan”.

Cakap-cakap beliau selalunya akan menjadi “fatwa” / rujukan dan ikutan para penyokong, inilah yang akan membahayakan partinya (lantak pi la!), pengikutnya (lantak pi la!), Agamanya (ini ada kaitan dengan aku & umat Islam lain) dan Negaranya (ini juga ada kaitan dengan aku & rakyat keseluruhannya – termasuk generasi akan datang).

Impak dari pendapat Nik Aziz, kalau baik dan kena gaya, akan memberikan kesan baik kepada semua, tetapi kalau silap/salah tanpa ditegur, PASTINYA akan menjadi barah yang akan membantu musuh untuk melakukan kehancuran Islam & Negara ini.

Bagi aku, antara salah silap yang Nik Aziz lakukan – dan perlu ditegur adalah :


1. MENYOKONG ANWAR IBRAHIM (INI SILAP PALING UTAMA!)
– Nik Aziz secara terang-terang menyokong serta menyanjungi Anwar sebagai seorang yang “layak” dipatuhi, disanjung, diikuti khasnya sebagai Pemimpin Besar & Utama dalam Pakatan Rakyat. Sedangkan sudah begitu banyak bukti yang jelas nyata menunjukkan Anwar adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak langsung untuk diangkat menjadi pemimpin, khususnya pemimpin No.1.
2. MENERIMA SEKONGKOLAN PAS-DAP
– Nik Aziz yang dulunya menganggap DAP = SYAITAN, kini menyokong pula DAP dan Pakatan Rakyat demi survival politik PAS. Percaturan ini (berpakat dengan musuh Islam) hanya akan memberi kesan buruk kepada Agama Islam dan umatnya di Malaysia. Konsep Negara Islam yang masih DITOLAK 100% OLEH DAP SEJAK DULU, hanya akan mengundang kemusnahan jika Pakatan berjaya menakluk Malaysia atas sokongan PAS (Nik Aziz).
3. TERLALU MEMPERCAYAI ORANG SEKELILINGNYA (Khasnya PUAK ERDOGAN) YANG MEROSAKKAN.

– Jelas nyata pada Sidang Muktamar PAS ke 55 minggu lepas, Nik Aziz menolak secara total idea Kerajaan Perpaduan yang diterbitkan dari minda Presiden PAS dan sekutunya. Nik Aziz tanpa segan silu mengatakan bahawa “Idea Kerajaan Perpaduan itu KARUT”, sedangkan beliau masih berpegang dengan Pakatan Rakyat yang kononnya lebih jujur ikhlas berbanding UMNO/BN. Penolakan mentah-mentah idea Kerajaan Perpaduan ini memberi gambaran jelas bahawa Nik Aziz menerimapakai idea Pro-Pakatan oleh PUAK ERDOGAN (semua orang tahu, ianya dibayangi oleh Anwar).

4. MENGELUARKAN PENDAPAT-PENDAPAT YANG BOLEH MENGELIRUKAN PENGIKUT & ORANG RAMAI.

– “Tuhan Juga Mencarut” (Kerana menyokong buku “SHIT – PukiMak” Shahnon Ahmad)
– PAS sanggup bekerjasama dengan Syaitan, jika itu akan pastikan PAS menang pilihanraya.
– Tidak akan bekerjasama dengan UMNO kerana UMNO pernah “menolak” PAS sebelum ini (timbul akibat perasaan Nik Aziz berunsur dendam kesumat kepada UMNO), tetapi Nik Aziz kata tidak mengapa untuk PAS bekerjasama dengan DAP (yang sah-sah tidak setuju Malaysia jadi Negara Islam).

5. BERSETERU DENGAN ORANG UMNO (MUSLIM) … TETAPI SANGGUP BERSATU DENGAN DAP.
– Kemana arah tuju PAS? Dasar awal penubuhan PAS telah jauh terpesong sejak PAS sanggup bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan. Ini menyebabkan matlamat PAS telah berubah dari Negara Islam dan Tegakkan Hudud : kepada : Negara Berkebajikan dan Samarata/Adil. (Demi menjaga hati puak keparat dalam Pakatan).

6. MENGGUNAKAN KEDUDUKAN SEBAGAI MURSYIDUL AM UNTUK CUBA MEMPENGARUHI AHLI PAS MENERIMAPAKAI PENDAPATNYA.
– Nik Aziz adalah Mursyidul Am PAS. Sepatutnya beliau menggunakan kedudukannya khusus sebagai seorang yang tidak berkecenderungan ke arah mana-mana pihak. Ini tidak, Nik Aziz “hentam” Presiden & Timb.Presiden PAS yang cuba mewujudkan idea Kerajaan Perpaduan, dan secara terbuka merasa seronok jika benar Puak Erdogan wujud dalam PAS. Ini adalah sesuatu yang menyedihkan apabila lontaran pendapat dari seorang Mursyidul Am nampaknya berkecenderungan kepada sesuatu pihak (khususnya yang dibayangi Anwar).
7. TIDAK CUBA MENILAI DENGAN TELITI, SIAPA KAWAN & LAWAN (YANG SEBENARNYA)
– Nampaknya banyak perkara yang Nik Aziz lakukan dan luahkan sebagai pendapat (mungkin “fatwa”?), kelihatan ianya telah sedikit sebanyak di”ilham”kan oleh penasihat-penasihat perosak dan perosak itu berupaya memusnahkan Dasar Pas yang asal. Nik Aziz seolah-olah telah menutup pancainderanya secara total untuk menilai siapakah Anwar sebenarnya, siapakah Lim Kit Siang dan Karpal Singh sebenarnya, siapakah puak Erdogan sebenarnya …
Mungkin ada lagi kesilapan lain yang Nik Aziz lakukan sepanjang karier politiknya selain 7 yang aku senaraikan di sini yang sepatutnya DITEGUR dan DIPERBETULKAN oleh orang-orang sekeliling dan rapat dengan Nik Aziz.

Demi kebaikan sejagat (kerana bagi aku PAS merupakan parti kedua terkuat di Malaysia selepas UMNO). Jika PAS rosak, kesan daripada akibat itu kepada negara juga agak dahsyat. Semoga Allah memberikan HidayahNya kepada Nik Aziz agar kembali sedar kesilapan yang berlaku.

Bak kata Nik Aziz hari ini dalam Bernama Online : “Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik,” katanya kepada pemberita. Maknanya, NIK AZIZ JUGA TIDAK TERLEPAS DARI BUAT SALAH SILAP.

INGATLAH NIK AZIZ & ORANG PAS … Kita bukan Maksum.

NOTA: ALOQSTAQ BLOG : TUJUAN AKU MENERBITKAN ARTIKEL INI, BUKANLAH UNTUK TUNJUK PANDAI ATAU UNTUK “HINA” TOK GURU, TETAPI NIAT AKU UNTUK MEMBERI KESEDARAN DARI PERSPEKTIF APA YANG AKU LIHAT YANG BERLAKU KINI KEPADA SEORANG MANUSIA BERNAMA NIK AZIZ.

HIMPUNAN FATWA NIK AZIZ

1. “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. “Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir” – Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” – Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. “Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram” – Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. “Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. “PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. “Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. “Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. “Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. “Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam.” – Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. “PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. “Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. “Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. “Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang” – Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. “Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir.”- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. “Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat… tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat…” – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. “DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.