Hospital Bergerak Buang Masa?!

Kementerian Kesihatan akan menyediakan perkhidmatan hospital bergerak di Felda Sahabat, Lahad Datu dalam tempoh terdekat bagi memudahkan penduduk di kawasan sekitarnya termasuk anggota keselamatan mendapatkan rawatan perubatan. 

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, hospital bergerak yang akam diperkenalkan dalam bentuk khemah besar itu akan dilengkapi katil serta perkhidmatan rawatan perubatan sama seperti di hospital. 
Beliau berkata, rancangan memperkenalkan hospital bergerak di kawasan krisis itu sudah dinyatakan secara lisan kepada Datuk Seri Najib Razak, yang mana sudah mendapat persetujuan perdana menteri. 
“Semalam saya mengadakan lawatan ke wilayah perang di Sabah termasuk tempat pemindahan mangsa (penduduk), klinik kesihatan dan Hospital Lahad Datu. 
“Jarak perjalanan mencecah 100 kilometer menyukarkan penduduk untuk mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Lahad Datu. 
“Sehubungan itu, pengenalan hospital bergerak dalam melengkapkan perkhidmatan serta perubatan kepada penduduk di kawasan krisis,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Kompleks Pakar & Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur di sini, hari ini. 
Majlis perasmian kompleks itu disempurnakan Najib sempena lawatan kerja ke hospital tertua dan terbesar di negara ini. 
Sementara itu, mengulas pembabitan Kementerian Kesihatan dalam operasi ketenteraan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lahad Datu, Liow berkata, enam pasukan terdiri daripada 44 kakitangan sudah ditempatkan di Hospital Lahad Datu termasuk klinik kesihatan berhampiran. 
beliau berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan di kawasan krisis dan akan menghantar doktor pakar ke Lahad Datu sebagai langkah susulan. 
Yang mana perkara untuk rakyat dan yang mana untuk kantung politik semata-mata???
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*