Hot Chick Malaya Jadi Mangsa Ragut

“Saya belajar daripada kesilapan. Kadangkala wanita terlupa meletakkan beg tangan di tempat yang selamat. Saya harap anda tidak mengulangi apa yang saya lakukan,” katanya di Twitter.
Penyanyi Take Over, Mizz Nina, 31, berharap pemandu wanita lain dapat mengambil iktibar daripada kejadian samun yang berlaku terhadapnya, Isnin lalu.
Isteri kepada vokalis, Hujan, Noh itu kehilangan beg tangan setelah cermin keretanya di tempat duduk sebelah pemandu dipecahkan oleh individu yang tidak dikenali.
Ketika kejadian, Mizz Nina memberhentikan kereta di persimpangan lampu isyarat di sekitar Ampang Jaya.
Mizz Nina turut memuat naik gambar keadaan keretanya di Instagram dan menasihati pemandu wanita agar meletakkan beg tangan di bonet kereta untuk tujuan keselamatan.
Sejak Mizz Nina memberitahu keadaannya di Twitter, ramai peminat bersimpati dan mendoakan keselamatannya. Menghargai kerisauan peminat, Mizz Nina turut ucap terima kasih kepada mereka.
“Terima kasih semua kerana mengambil berat. Saya rasa begitu disayangi,” katanya.
Usaha Penulis mendapatkan kenyataan lanjut Mizz Nina bagaimanapun tidak berhasil apabila penyanyi itu tidak menjawab panggilan telefon. Namun, difahamkan, Mizz Nina sudah buat laporan polis.
Peristiwa yang menimpa Mizz Nina bukanlah pertama kali berlaku kepada artis tempatan. Tahun lalu, model dan pelakon, Nasha Aziz mengalami nasib hampir serupa apabila tingkap keretanya dipecahkan ketika berhenti di lampu isyarat di Ampang Hilir.[SINI]

Nasha kerugian RM40,000 apabila wang tunai dan barang berharga dilarikan penjenayah. – Sinar


*Peragut² ini Kalau tertangkap aku berani jamin lunyai beb…macam batang pisang..Hihihi…
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*