Hudud 100% Tidak Ada Dalam Rancangan PR?!

Kenyataan pada 14 Disember 2011 oleh seorang pemimpin PAS Kelantan yang juga adalah ADUN PAS Pasir Tumbuh merangkap Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah yang pernah menegaskan bahawa;-

“Keuntungan bagi PAS mungkin di negeri yang ramai orang Melayu tapi di negeri luar seperti Selangor boleh jadi tidak untung. Apabila isu hudud di manipulasi, mungkin ada ‘backfire’ daripada pengundi bukan Islam,” demikian katanya ketika ditemu bual oleh Malaysiakini di Kota Bharu hujung pada hujung tahun 2011.
Pada 9 November 2011 sewaktu Anwar berdialog dengan kira-kira 200 orang pemimpin masyarakat Cina dari 65 NGO di Subang Jaya, Selangor, Ketua Umum PKR itu telah secara terbuka menegaskan janjinya bahawa isu perlaksanaan hudud tiada tempat dalam dasar PR.
(Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan.
Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan. Anwar Ibrahim, Malaysiakini, 9 November 2011)
Sama ada mereka sedari atau sengaja buat pekak dan bisu, semasa PR melancarkan Buku Jingga yang menjadi Dasar Bersama PR dan ditandatangani sama oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang secara jelas memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa PR berikrar akan mempertahankan Perlembagaan Negara dan segala isi peruntukan yang terkandung di dalamnya. Klik untuk CERITA PENUH
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*