Hukum Menghasut Diselewengkan Azhar Idrus?!

Astaghfirullah, ulama tersohor PAS Ustaz Azhar Idrus kini sudah hilang pedoman apabila mengeluarkan ‘fatwa songsang’ dengan menyatakan tidak salah menghasut dibuat untuk tujuan kebaikan. Kenyataan bekas pemain gitar kumpulan pop Iklim hari ini seolah-olah cuba mengelirukan umat Islam dengan mengatakan hukum menghasut dibenarkan di dalam Islam sekiranya berniat untuk melakukan perubahan.

Contoh paling sesuai abby badi
Jika diamati ‘fatwa songsang’ pimpinan PAS bukan baharu lagi dalam sejarah susur galur politik negara ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga pernah mengeluarkan ‘fatwa songsang’ mengemparkan umat Islam seperti ‘mengundi Pas masuk syurga’ dan `Pas sanggup berkawan dengan syaitan sekalipun untuk mengalahkan BN’.
Selain itu antara kenyataan pernah digunapakai pemimpin PAS adalah ‘bekerja dan membantu Pas adalah seperti membantu Islam’, ‘tidak masuk syurga bagi sesiapa yang tidak mengundi Pas’ dan sebagainya.
Ia dilihat sebagai satu strategi politik Pakatan Pembangkang PKR, DAP dan PAS khususnnya menggunapakai pendekatan ayat-ayat kempen yang dilihat mengunakan Islam bagi mengelirukan orang awam khususnya kepada mereka yang tidak mempunyai kefahaman tentang agama yang tinggi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Walaupun kenyataan yang diberikan oleh penceramah bebas itu agak ringkas, namun sekiranya diteliti ia mempunyai maksud yang mendalam dan boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan yang lebih besar. Sebagai contoh sekiranya ingin melakukan dosa, namun niat kita baik maka ia adalah perkara yang dibenarkan. [Artikel Penuh]
Jawap soalan ke atau buat lawak?
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*