Hutang negara rejim Pakatan Harapan DAP

Selama 61 tahun Pentadbiran BN Hutang terkumpul Negara RM686 billion (2017). Secara purata RM11.24 billion setahun.

Selama 10 bulan dibawah Pentadbiran Kerajaan rejim Pakatan Hancing DAP, hutang Negara bertambah sebanyak RM75 billion kepada RM761 billion.

10 bulan? RM75 billion? WTF!

…..
Update hutang negara 2019

Bulan Januari, Pakatan Harapan tambah RM13 bilion hutang.

Bulan Februari, tambah RM8 bilion hutang tolak RM500 juta tebus hutang lama.

Jadi bagi tahun 2019 Pakatan Harapan yang cekap menguruskan ekonomi dan kewangan negara sudah pun menambah RM20.5 bilion hutang bersih.

Kalau campur hutang yang ditambah selepas mereka membentuk kerajaan tahun lepas (Jun 2018) sejumlah RM22.44 bilion, jumlah keseluruhan hutang yang ditambah Pakatan Harapan mencecah RM42.9 bilion.

Ini tak termasuk bon samurai, hutang luar negara yang akan diterbitkan nanti.

Seperti yang dilaporkan baru-baru ini, hutang kerajaan persekutuan pada tahun 2018 mencecah RM741 bilion berbanding RM686 bilion pada tahun 2017: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10217946765758761&set=a.1405097885475&type=3

Isunya bukanlah pasal hutang sangat. Hutang Kerajaan ni bukan macam hutang isi rumah dan hutang korporat.

Tapi isunya hipokrasi pemimpin kerajaan dan pencacai-pencacai mereka yang sebelum 9 Mei 2018 setiap hari meracau-racau hutang negara tinggi, hutang negara membebankan, hutang negara berada pada paras kritikal.

Sekarang mana mereka semua tatkala mereka sendiri menambah hutang? Tak ada yang meroyan-royan hutang negara bertambah?

Ada siapa-siapa tahu apa jadi dengan RM202 juta dalam Tabung Harapan? Hutang mana yang dibayar guna duit kutipan tu? Kutip RM202 juta sampai budak sekolah pecah tabung sebab mak bapak nak derma Tabung Harapan, tapi kerajaan tambah RM42.9 bilion hutang.

Genius.

Rujukan: Bank Negara Malaysia: Summary of Government Issuances and Redemption: http://bondinfo.bnm.gov.my/portal/server.pt?open=514&objID=41920&parentname=CommunityPage&parentid=2&mode=2#

Oleh Syahir