Ibrahim Ali – Kita Bako Kita Bako!!

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa semua pihak supaya bersikap rasional dan tenang berhubung dakwaan ancaman untuk membakar Bible versi bahasa Melayu di Pulau Pinang, Ahad ini.
“PERKASA menafikan perkara yang telah digembar-gemburkan. Dalam keadaan suasana politik dan pilihan raya umum yang semakin memuncak, pelbagai dakwaan tidak berasas ditimbulkan.
Hishammuddin berkata beliau telah bercakap secara peribadi dengan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang didakwa mendesak Bible versi bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah dan tulisan Jawi dibakar.
“Saya menggesa kita semua supaya bersikap rasional dan tenang serta tidak menggugat ketenteraman awam,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Ibrahim semalam dilaporkan telah dipanggil untuk disoal oleh polis Pulau Pinang selepas beberapa laporan dibuat terhadapnya berhubung perkara tersebut.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar mengesahkan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebut perkataan berniat melukakan perasaan agama seseorang. – GR

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*