Ibu Tunggal Dimanipulasikan Sekali Lagi?!

Walaupun gagal untuk menunaikan janji-janji yang pernah dibuat ketika kempen pilihanraya yang lalu, pakatan pembangkang kembali untuk menaburkan janji-janji baru bagi membodohkan rakyat khususnya di Selangor. Terbaru kerajaan pakatan di Selangor kembali menaburkan umpan lama dengan BERJANJI untuk memberikan bantuan kepada ibu tunggal sekiranya terus dipilih menerajui kepimpinan negeri.

Dalam satu ceramah yang diadakan di Lembah Keramat malam tadi, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail berjanji untuk menubuhkan tabung khas bagi golongan tersebut sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.

Walaupun secara zahirnya tawaran BARU yang diberikan itu sungguh manis, namun sekiranya diteliti semula semua janji-janji yang pernah diberikan ketika kempen pilihanraya 2008, nyata semua yang dikatakan itu adalah dusta dan pembohongan semata-mata.

Lebih mengecewakan, Rodziah sebelum ini ketika diminta mengulas mengenai isu saman yang dikemukan oleh ibu-ibu tunggal Selangor mengatakan kumpulan tersebut hanya berlakon.
Ketika mengulas lanjut, dia turut melemparkan tuduhan dengan mengatakan mereka sebagai hipokrit dan bermuka-muka kerana ingin memancing simpati untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.  [Artikel Penuh]
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*