Ibubapa Mahu Ambil Tindakkan Keatas Cikgu??!!!

GURU-GURU DIINGATKAN JANGAN MARAH, MENDENDA, MEROTAN ATAU MENGAMBIL TINDAKKAN DISIPLIN JIKA MURID TIDAK BUAT KERJA RUMAH ATAU TIDAK MAHU BELAJAR. PENJAGA BERHAK MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP MEREKA JIKA BERBUAT DEMIKIAN…..

Kepada pakcik/makcik yang bernama 012-264XXXX..maaf la ye, saya nak bagi respon sikit pada komen pakcik/makcik ni. Saya punye respon pendek je..kalau tak nak anak pakcik/makcik kena marah,dirotan atau didenda sebab masalah disiplin, pakcik/makcik bukak la sekolah sendiri pastu ajar anak tu semua subjek ye.
Dan kalau anak pakcik/makcik tak buat kerja sekolah atau tak nak belajar, tepuk sikit kepala anak tu pastu cakap la “bagusnya anak aku ni”.
Kalau pakcik/makcik nak tahu, saya pergi sekolah tiap-tiap hari pukul 7 pagi balik pukul 5 petang sebab nak ajar anak pakcik/makcik supaya jadi orang berguna. Tapi kalau pakcik/makcik nak ambil tindakan terhadap kami sebab marah, denda atau rotan anak pakcik/makcik sebab tak buat kerja rumah atau malas belajar…saya tak tau nak kata apa dah.
*Ini bukan cerita cikgu lotfi 🙂

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*