Ikan Todak Serang Mersing

todak mersing

Tular beberapa keping gambar yang disertakan bersama satu pesanan suara kononnya Ikan todak mengamuk di Mersing. Perkara ini dikongsikan secara meluas di laman aplikasi Whatsapp yang mendapat perhatian dan membimbangkan warganet. ini antara gambar gambar yang disebarkan :

Admin mengongsikan carian maklumat tentang pekara ini mendapati mesej yang tular tersebut adalah palsu seperti yang status yang dimuat naik oleh admin di facebooknya yang bertulis :

“Viral gambar ikan todak menyerang di Mersing adalah palsu.

Satu pesanan suara dan beberapa keping gambar ini kononnya ikan todak menyerang orang yang ada di pantai Mersing adalah mesej palsu.

Setelah admin daengselili.net meneliti gambar ini mendapati ia disebarkan dari Kabupaten Buton Selatan Sulawesi Tenggara Indonesia.

Sebaran gambar ini dibuat oleh sebuah badan amal disitu bagi mengutip derma (tak pasti ia betul atau scammer) untuk membantu kos perubatan bagi mangsa tersebut yang bernama Muh. Idul.

Mangsa dilaporkan terkena serangan ini ketika memancing dilaut pada 18 Januari 2020 lalu.

Yang pasti ia bukan belaku di Malaysia.

Semoga dipermudahkan olehNya..

Wallahualam..”