Insiden Bas Plaza Tol Juru : SPAD gantung permit pengendali 2 bas pekerja! #SPAD

Satu kemalangan maut yang membabitkan 2 buah bas telah berlaku di Kilometer 147, Lebuhraya Utara – Selatan hala utara berhampiran Plaza tol Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dalam nahas ini 8 pekerja kilang terkorban.



Sehubungan dengan itu, berdasarkan piawaian Kod amalan Keselamatan Industri, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung permit setiap kenderaan milik KJJ Maju Enterprise dan Icon Tours Sdn Bhd berikutan kemalangan maut yang melibatkan bas milik kedua – dua syarikat tersebut. 

Tindakan ini amat wajar kerana ianya membolehkan siasatan terperinci dijalankan oleh Bahagian Pematuhan dan Audit Keselamatan SPAD.

Menurut SPAD, keselamatan pengguna jalan raya dan pengendalian pengangkutan awam darat di jalan raya senantiasa menjadi keutamaan SPAD. Di bawah syarat – syarat lessen pengendali SPAD, kesemua pengendali pengankutan awam darat perlu mendukung tahap amalan keselamatan tertinggi.

Dalam nahas terbabit, SPAD akan mengambi tindakan yang sewajarnya di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat jka didapati melanggar undang – undang.

Sedikit gambar kejadian :


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*