IRJebat : Kalau dah anjing?!

Bukan senang nak memilih seorang pemimpin yg berwibawa, apalagi seorang Perdana Menteri yg akan menerajui kepimpinan sesebuah Negara, bukan belih tangkap muat saja. Hidup dalam lingkungan nasional/global sekarang ini memang memerlukan seorang pemimpin yg mempunya pola pikir yg maju kehadapan , rencana dan kepemimpinan yg strategis, yg sentiasa memenuhi kriteria perancangan kemajuan yg spesifik, terukur, dapat dicapai dan realistis ….. 

Secara logiknya, pemimpin itu haruslah berpengalaman luas, sudah pernah menduduki semua kementerian2 dalam negara dengan rekod servis yg baik & cemerlang. Pemimpin yg dimaksudkan itu juga harus tenang & selalu berkepala dingin, mampu membuat keputusan secara tepat & matang. Berusaha tetap tenang berarti mempertahankan kredibilitinya. 
Rakyat memang amat memerlukan pemimpin & ketua negara yg bersih dan berintegriti, bahkan seperti kata Tun Dr.Mahathir, seorang pemimpin itu bukan saja perlu bersih, malah perlu juga kelihatan bersih, maksudnya tidak terdapat unsur2 kejelekkan, baik dari sudut moral mahupun rekod lampau kepimpinannya. Maksud kredebeliti pula ialah seorang pemimpin yg adil dan bertaqwa serta bolih dipercayai.
Moral adalah juga satu perkara yg spesifik & penting untuk manusia yg bergelar pemimpin, kerana itu adalah kapasitas dasar yg membedakan manusia dari semua makhluk hidup lainnya. Mana mungkin sesaorang yg mempunyai akhlak serta nafsu mirip binatang mahu kita jadikan pemimpin bagi kita sebagai rakyat yg akan menjadi pengikutnya kelak. 
Dengan itu, rekod lampau sesaorang itu tetap berpotensi untuk menentukan hala-tuju kepimpinan serta akhlaknya dimasa akan datang. Track rekod lampau seseorang itu memang mampu mengungkapkan gambaran yg akan dilakukannya dimasa mendatang, samada dari sudut idea dan konsep kepimpinmannya, akhlak serta perangai serta kecenderungannya yg sering membentuk moral, akhlak serta sikapnya.
Sombong, angkuh, besar kepala, pembohong, tidak amanah, kaki maksiat adalah antara ciri2 akhlak manusia. Apa gunanya kita mahu melantik seorang penjahat criminal, atau manusia yg tidak bermoral sebagai pemimpin kita? Memang tidak ada gunanya untuk memberikan peluang kepada kaki maksiat kerana sikap serta kebiasaan serta kecenderungan seseorang yg dah menjadi personalitinya memang agak sukar untuk diubah. 
Lebih malang lagi kalau pemimpin itu nanti akan menyalah-gunakan kesempatan, berlindung dibalik protocol, kuasa serta kedudukannya bagi meneruskan aktiviti tidak bermoralnya itu. Bagaimana pemimpin yg seperti ini mahu kita harapkan untuk memperbaiki negara, mahu pun untuk membangun masyarakat, apalagi dunia? 
Anjing kalaupun ditempatkan dalam istana sekalipun, tetap juga akan berperangai seperti anjing – irjebat.modern

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*