Ismail Mina: PAS Hambakan Diri Kepada DAP

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad menyifatkan PAS lebih rela menjadi “hamba” kepada DAP demi kepentingan politik. Beliau menegaskan bahawa keputusan pemimpin tertinggi parti itu untuk bersekongkol dengan rakan DAP dan PKR membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam mendahului pendirian Dewan Ulama menzahirkan pendapat yang bertentangan antara ahli PAS sendiri.

Ismail Mina Ahmad

“Nampaknya PAS ni lebih cenderung mahu bertuankan kepada DAP.

“Maknanya di dalam PAS ni pemikiran mereka (pemimpin) berkecamuk,” katanya ketika dihubungi AntaraPos.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib dalam kenyataannya Ahad lalu menyifatkan perkataan Allah hanya eksklusif untuk orang Islam.

Malah Harun turut menempelak pemimpin PAS yang menyatakan sokongan terhadap penggunaan kalimah Allah selain orang Islam dengan berkata: “Mungkin orang-orang ini fikir mereka lebih ilmu agama daripada kepimpinan ulama”.

Bercakap bagi pihak Pakatan Rakyat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa mengumumkan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam di negara ini.

Beliau yang menyokong gesaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah sungguhpun ia tidak mencapai maksud sepenuhnya dalam agama Islam.

Hadi berkata isu penggunaan kalimah tersebut dalam Bible adalah isu terjemahan semata-mata.

“Kalimah Allah adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran, adalah tidak boleh diterjemah ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

“(Bagaimanapun) Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal al-quran,” ujarnya.

Guan Eng dalam perutusan Hari Krismas Disember lalu menggesa kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu di Semenanjung.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*