Isteri Calon Disarankan Bantu Berkempen


Datin Mastura (berbaju biru) Isteri kepada Dato Wan Khairil boleh dijadikan contoh kepada calon-calon Barisan Nasional yang lain kerana beliau tidak pernah mengeluh dalam kerja2 membantu berkempen untuk pihak suami beliau.

Ini yang disarankan oleh Dato Dr. Hasan Ali baru-baru ini yang memberitahu rahsia kejayaan PAS memenangi beberapa kerusi di tempat beliau bertanding dahulu.

Datin Mastura beramah mesra dengan pengundi masyarakat India Kuala Kangsar.

“Para suami-suami benarkan Isteri anda kalian keluar berkempen semunasahabah mungkin, Inilah rahsia yang digunakan oleh PAS ketika PRU12 dahulu”

Dato Dr. Hasan Ali juga menengur perbuatan bilik gerakkan yang sentiasa dibuka tetapi dengan berbekalkan biskut kering dan papan carrom.

“Bilik gerakkan buka tetap buka tetapi main carrom, saya tegur secara terbuka terpulang kepada yang mahu menerimanya atau tidak” – Dato Dr. Hassan Ali


Sedikit sedutan video ceramah beliau di Kg. Bendang Kering, Sayong, Kuala Kangsar, Perak.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*