Isteri Kit Siang “Silap” Lahirkan LGE

SEORANG rakan penulis yang pro pembangkang begitu prihatin dengan semua alasan kerajaan BN bila bercakap tentang keputusan yang besar dan penting.
Antara yang penulis ingat ialah bila kerajaan mengurangkan subsidi gula sebanyak RM 0.20 atas alasan nak mengurangkan penggunaan gula di kalangan rakyat, dia menyatakan itu alasan paling bodoh dia pernah dengar.
Tapi bila penulis minta dia tunjukkan seorang pun rakyat Malaysia ini yang jadi merempat kerana kenaikan harga gula tersebut, dia gagal dan mengubah topik cerita kepada yang lain.
Standard biasa pembangkang.
Bagaimanapun, penulis bukan nak tulis tentang kenaikan gula, tapi tentang cara dia menggelarkan alasan kenaikan tersebut sebagai alasan bodoh tanpa langsung berfikir panjang, seolah-olah jawapan itu memang sudah difikirkannya sepanjang malam.
Hari ini, sekarang ini, bila DAP, komponen pembangkang sendiri bagi begitu banyak alasan bodoh untuk tutup kesilapan sendiri, rakan penulis tadi tak berdecit sedikit pun.
Dan bukan dia seorang sahaja, yang lain pun macam itu juga.
Bayangkanlah berapa juta orang dalam dunia guna Excel untuk mudahkan urusan kerja mereka tanpa banyak komplen, tiba pada DAP, kira undi lebih sikit 1,800 orang perwakilan pun boleh tersilap. Tak pasal budak cina nama Melayu yang duduk tempat ke 32, melompat naik ke kedudukan 20.
Siapa di kalangan pembangkang hari ini nak kata itu alasan bodoh?
Ingat kita perkara itu berhenti disitu saja, rupanya tidak. Bila BN persoalkan kenaikan kos pembinaan terowong bawah laut (bertol) dan 3 lebuhraya baru yang dicanang untuk dibina DAP di Pulau Pinang, Guan Eng beri alasan bodoh lagi, kali ini silap taip.
Isunya disini bukan cerita Excel atau salah taip, tapi nak menunjukkan betapa angkuhnya parti ini sehingga bila dia beri alasan yang belum tentu budak tadika percaya pun, tidak ada di kalangan penyokong mereka yang berani mempersoalkan perkara tersebut. 
Jangan UMNO kang, cakap betul pun, diputar belit sehingga dia sendiri pun tak faham.
Keangkuhan sama menyaksikan pemimpin DAP ramai-ramai keluar dari kawasan selamat masing-masing di Perak untuk bertanding di Johor, terutama di kawasan yang mana populasi cina melebihi 40%. Kononnya dengan berbuat demikian, mereka boleh tambah kerusi parlimen. 
Rakyat Johor terutamanya, patut ambil peluang ini untuk membersarakan pemimpin-pemimpin veteran pembangkang ini. Biar kita tunjuk sikit akibat dari keangkuhan mereka dan bagaimana orang Melayu bersatu menolak parti perkauman tegar seperti DAP ini.
3 ekor DAP di Perak si Ngok, Ngeh dan Nga. Buat silap tp relek jek sampai hari ini. Si Ngok (nizar) berbohong dan terus berbohong dihadapan lebai PAS ikuti Nga membacakan Ayat Al-Quran dengan salah…Ditambah cili perihal penghinaan Ngeh kepada Umat Islam di Malaysia yang menentang penghinaan Nabi Muhammad SAW didalam video innocence of muslimsMinta maaf?Tapi kita dah tahu hati budi mereka-mereka.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*