Isu Air : Khalid Akui Kegagalannya

Adalah tidak adil untuk menyalahkan hujan lebat yang mengakibatkan hakisan teruk yang kemudiannya menyebabkan berlakunya insiden paip pecah di Kampung Melayu Batu Caves sehingga menyebabkan gangguan bekalan air kepada 500,000 penduduk di Selangor dan ibu negara.

Zuraida siap bagi amaran supaya SYABAS tidak gunakan taktik kotor putuskan bekalan air. Rasanya, hanya yang tolol gunakan alasan itu. Kalau SYABAS tutup bekalan air, syarikat itu nak berniaga apa???
Kata Zuraida alasan seperti paip pecah, rumah pam rosak dan sebagainya tidak timbul jika pihak SYABAS membuat pemeriksaan berkala serta menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dengan betul.
SYABAS sudah “berbuih mulut” cakap dan berkali-kali hantar kertas kerja bagi perancangan untuk menambahbaik prasarana air, tapi ditolak atas alasan penstrukturan semula. Malah permohonan Capex untuk buat penambahbaikan ini ditolak!
Oleh itu, apakah SYABAS wajar dipersalahkan kalau fasiliti mengalami masalah kerosakan dan sebagainya? Kalau tuan punya aset tak beri kebenaran, macam mana SYABAS nak buat kerja Zuraida?
Juga tidak wajar untuk menyalahkan syarikat konsesi air SYABAS, UMNO, Barisan Nasional (BN) atau Kerajaan Pusat berhubung kejadian tersebut yang bakal menjejaskan kehidupan di negeri dan wilayah termaju itu.
Pun begitu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini pernah menuduh bahawa UMNO atau BN akan melakukan sabotaj terhadap kepimpinannya dengan melakukan “gangguan-gangguan air secara terancang” pada musim pilihanraya kali ini. Logikkah tuduhan itu?
Sebetulnya, perancangan yang teliti dan bersifat jangka panjang dipercayai mampu mengelak dari insiden yang menyusahkan rakyat itu dari berlaku. Pengalaman dan “cakap serupa bikin” juga penting dalam “ilmu menguruskan industri air” di sesebuah negeri.
Sebagaimana yang kita maklum, perancangan yang teliti tanpa kos perlaksanaan tidak akan memberikan apa-apa kesan. SYABAS telah berkali-kali memohon suntikan Capex untuk melancarkan penyelenggaraan operasi industri air, tapi Khalid tolak mentah-mentah.
Oleh itu, SYABAS terpaksa beroperasi dengan kos syarikat itu miliki sahaja. Kalau paip perlu diganti baru, mungkin syarikat itu hanya mampu memperbaiki paip it saja. Duit tak cukup, bagaimana nak gantikan paip yang baru, bukan? Lagi pun tuan punya aset dah kata jangan!!
Kalaulah Khalid luluskan permohonan SYABAS itu, berkemungkinan besar insiden paip pecah itu tidak akan terjadi memandangkan syarikat tersebut mampu memastikan ketahanan tembok konkrit yang lebih lasak dan mampu menampung asakan air hujan di musim tengkujuh.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*