Isu Kalimah Allah ; Video Yang Akan Buat Orang PAS Kecewa


Isu Kalimah Allah : Tempohhari aku ke ibunegara untuk bertemu dengan 2 orang totok PAS yang mencadangkan aku membantu mereka menyedarkan rakan-rakan PAS yang lain berkenaan Isu Kalimah Allah, aku pun pelik kenapa la deme nak aku tolong deme, kenapa deme sendiri tak mahu buat?Tapi bila mengenangkan aku juga bersaudara dengan mereka (Orang PAS) aku rasa ada baiknya aku bantu mereka tu, ini bukan kerana undi tetapi ini soal masa depan agama kita yang suci, kepada totok-totok PAS yang lain, kalau pun tak nak undi Barisan Nasional, tetapi renung-renungkan ya, Malaysia ini dipinjam dari anak cucu kita, suatu hari nanti kita pergi mengadap ilahi, takkan kita nak tinggalkan negara kita dengan keadaan agama islam dipijak..dihina dan dilupuskan dari bumi bertuah ini???


Dan ada baiknya Hadi Awang Tarik balik Amanat Sesatnya itu..aku kuatir tak lama lagi perpecahkan yang kini ibarat retak menanti belah akan sampai dipenghujungnya..adakah masa itu Hadi awang masih kan berkesempatan untuk membetulkannya?

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*