Isu Kalimah : Hadi Awang Bersimpuh Di Peha Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai strategi politik tertentu apabila secara terbuka mendedahkan persetujuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menurunkan tanda tangan agar kalimah Allah dibenar digunakan oleh bukan Islam.

“Ia merupakan satu penghinaan kepada Presiden Pas,” kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kepada Mingguan Malaysia hari ini, “pendedahan itu juga menunjukkan Abdul Hadi tidak lagi mempunyai integriti sebagai Presiden Pas.”
Menurutnya, pada masa sama, tindakan itu juga membuktikan sifat dan kelakuan sebenar Penasihat parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sentiasa menyalahkan orang lain apabila setiap kali terdesak dan dihimpit dengan masalah ciptaannya sendiri.
Katanya, apa yang dilakukan ke atas Abdul hadi itu sama seperti yang pernah dilakukannya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, suatu ketika dahulu.
“Kini, apabila isu kalimah Allah ditentang umat Islam dan ramai tahu dia yang kuat menyokong termasuk dalam isu membabitkan anaknya, Nurul Izzah yang berkata orang Melayu boleh tukar agama, Anwar sudah tersepit.
“Jadi, dia kata, dia sokong kerana Haji Hadi telah ke depan memberi sokongan. Ini perangai dia yang menyalahkan orang,”katanya dalam program ceramah Perdana di kampung Jerong Seberang, Pengkalan Berangan, Marang, malam tadi (Semalam). – AIDC
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*