Isu Kalimah : Ini Bakal Terjadi?!


Mungkin agak keterlaluan bila daeng post gambar ini, tetapi bayangkan bila kalimah itu disamaratakan oleh penganut agama lain, agak²nya satu hari nanti cacah ‘Allah’ akan mengambil alih tatu seperti yang disiarkan macam gambar ini? Daeng sedar..PR benarkan kalimah Allah diguna pakai oleh orang kristian dalam terjemahan..tapi lepas 2-3 tahun..Bayangkan tatu begini masuk jamban..Mula² mintak Kalimah lepas tu? Zakat? Tanah kubur? Nauzubillahiminzalik…- Daeng

Pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias mengingatkan umat Islam berhati-hati dengan segolongan pihak yang sanggup menjual kalimah Allah untuk diguna pakai oleh bukan Islam.
“Golongan ini sangat memberbahaya, sehinggalah kalimah Allah dijual..orang kafir boleh diguna pakai,”katanya
Menurutnya, pelbagai dakyah dilakukan oleh golongan ini untuk menjual kalimah Allah termasuk mempertikaikan dari segi penggunaan bahasa.
“Tuhan itu adalah Tuhan, bukan ada nama. Allah itu ialah orang Arab yang bubuh nama. Jadi apa salahnya orang Kristian nak guna nama Allah.
“Ni dia tuan-tuan..punya lah dia nak halalkan orang kafir menggunakan kalimah Allah, sampai dia kata Tuhan kita ni tidak ada nama,”katanya lagi – AIDC

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*