Isu Lahat Datu : Sabah Kekal Milik Kita

Datuk Seri Najib menegaskan Sabah adalah hak milik Malaysia dan tidak ada mana-mana pihak boleh mempertikaikannya. 

Justeru, Perdana Menteri memberi amaran supaya jangan ada pihak memandang ringan iltizam kerajaan menegakkan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia. 
“Kita akan mempertahankan kebenaran ini secara mutlak dengan kekuatan. Kedudukan Sabah sebagai wilayah Malaysia adalah berdasarkan aspek perundangan dan suara rakyat Sabah sendiri. 
“Saya ingin memberi keyakinan khususnya kepada rakyat Malaysia di Sabah, dalam soal keselamatan dan kedaulatan, kerajaan akan lakukan apa saja untuk menjamin kedaulatan Sabah,” katanya pada sidang media selepas meninjau Ops Daulat, di Kampung Tanduo dekat sini, semalam. 
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*