Isu Royalti : Kawasan tersebut turut milik Thailand


Article 3 UNCLOS 1982 Breadth of territorial sea (Keluasan wilayah laut) Every State has the right to establish the breadth of its territorial sea up to a limit not exceeding 12 nautical miles, measured from baselines determined in accordance with this Convention. (Tiap-tiap Negeri mempunyai hak untuk menubuhkan lebar laut wilayah sehingga had tidak melebihi 12 batu nautika yang diukur dari garis dasar yang ditentukan mengikut Konvensyen ini.)

Sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, UNCLOS 1982 dan Akta Pelantar Benua 1966 (Akta 83), semua hak ekplorasi dan eksploitasi sumber asli (termasuk petroleum) di pelantar benua (continental shelf) adalah terletak hak kepada Kerajaan Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan Kerajaan Persekutuan ada menyerahkan hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada mana-mana Kerajaan Negeri sama ada menerusi mana-mana udang-undang atau perjanjian. Hak tersebut sentiasa berada di tangan Kerajaan Persekutuan dari dulu sampai sekarang.
Kerajaan Persekutuan hanya menyerahkan hak ekplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada PETRONAS menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) di mana PETRONAS telah diberi kuasa sepenuhnya untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan ekplorasi dan ekspoitasi petroleum di pelantar benua yang berada di dalam kedaulatan wilayah Malaysia.
Begitu juga dengan Kerajaan Kelantan telah menyerahkan sepenuh haknya tanpa boleh batal (irrevocable) kepada PETRONAS untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum sama ada di daratan atau laut dalam kawasan perairan wilayahnya menerusi Suratcara Peletakhakkan yang dibuat menurut peruntukan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta144) pada 9 Mei 1975. #Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamad Nasir dan Pengerusi PETRONAS, Tengku Razaleigh Hamzah telah menandatangani satu Surat cara Peletakhakkan (Vesting Deed/Instrument) yang dibuat menurut peruntukkan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144)#
Dalam isu tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan ini, keterangan menunjukan bahawa kedudukan medan / telaga minyak yang terlibat iaitu PM301 dan PM302 berada di kawasan yang melebihi dari 100 batu nautika dari tikas air surut Negeri Kelantan.
Oleh itu, adalah jelas bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak layak mendapat bayaran tunai (royalti) di bawah Perjanjian 1975 bagi mana-mana medan atau telaga minyak yang dijumpai oleh PETRONAS yang tidak berada dalam sempadan tanah negeri atau perairan wilayahnya sendiri iaitu tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari tikas (paras) air surut. Sumber
1. Isu Jarak = Memang claim royalti out sebab terlebih jarak.
2. Isu Lokasi = Kawasan tersebut turut milik Thailand.
Masalah ini bukan sahaja pada jaraknya, tapi juga tentang lokasinya. Lokasi minyak yang Husam dok bising tu terletak di sempadan Thailand. Ia dipanggil Malaysia-Thailand Joint Authority(MTJA), kalau nak sangat royalti kena ada persetujuan Thailand le jugak.
Dalam Petroleum Act kita menyatakan, negeri boleh dapat royalti JIKA semuanya berada dalam perairan Malaysia. So adakah JDA ini dalam perairan Malaysia sepenuhnya??? Sebab bertindih dengan Thailand, sebab itu ia jadi MTJA, so maknanya Kelantan kena mintak dari MTJA la. Very straight forward. Lokasinya di sempadan yang turut diclaim oleh Thailand, so forfeit la royalti minyak untuk Kelantan sebab tidak seperti Petroleum Act yang menyatakan jika ia berada dalam perairan Malaysia. 
Inilah sebabnya kenapa, negeri2 lain seperti Sarawak, Sabah, Terengganu boleh dapat royalti tetapi Kelantan tak boleh dengan begitu saja. Sebab lokasinya adalah pertindihan dengan Thailand. Kelantan kena selesai dengan MTJA dulu, baru boleh sembang pasal royalti, maklumlah kerajaan BN bukan pemerintah di Thailand … kah kah kah. Ini dia map lokasi untuk rujukan ;
Ini lokasi / koordinat asal paip yang Husam kelentong sampai ke Songkhla tu, paip tu mai dari mana? Mai dari MTJA, MTJA sapa punya? Kelantan punya?
Memang payah Kelantan nak dapat royalti. Kena settle dengan MTJA dulu.
Map ni cukup jelas memberitahu Kelantan tidak berhak mendapat royalti sepenuhnya, maklumlah Thailand pun ada hak sebab lokasinya, dan Thailand juga adalah pelabur jugak dalam pembangunan kawasan JDA ni. Clear cut dalam Petroleum Act 1974 di bawah tajuk Ownership, perkara 2, barisan 3 – Dalam perairan Malaysia sahaja!! So adakah JDA ini dalam perairan Malaysia sepenuhnya??? TIDAK!! Ia adalah milik usahasama MTJA!! So adakah Kelantan berhak? TIDAK!! Kelantan kena selesai dulu dengan MTJA baru boleh sembang pasal royalti.
Ok, aku gerenti Husam tak pernah tunjuk benda ni kepada rakyat Kelantan. Ini adalah keratan rentas (cross section) Geologi iaitu JDA di kawasan bertindih. Cuba tengok minyak yang bertakung area A-18 tu, tu bersambung terus dari Thailand. Thailand ada hak untuk claim yang cukup kuat ;
Nah ini dia, yang Husam cerita pasal share Petronas Carigali Hess – PC JDA Ltd tu sebenarnya adalah KONTRAKTOR! Bukannya apa pun, apa kena mengena dengan royalti minyak??? Tulah menipu lagi. solat Hajat mintak pecah perut, yang pecah rahsia PR. Padan muka.
Ini carta organisasi MTJA, Blok A 18 tu bawah sapa?? Bawah Pengurusan MTJA! Siapa kepala dia? Mr. NOPADON MANTAJIT dan Y.Bhg. Dato’ NORIYAH BTE AHMAD. Adakah Petroleum Act 1974 termasuk dengan kawasan bertindih? 
Perjanjian MTJA ni dibentuk pada 1979. Zaman tu masih zaman BN, tapi apahal masa BN perintah Kelantan pun tak dapat? Sebab apa? Ku Li yang sign agreement Petroleum Act 1974, dan Ku Li jugak yang terlibat jugak dengan MTJA, So apasal dia tak fight masa tu? Apasal Husam tak lawan masa 1990, kenapa baru sekarang?? Cuba cerita sikit. Semua ni temberang jelah, bersyukurlah dapat duit wang Ihsan tu, ikutkan memang takde hak pun.
Sebenarnya isu ni straight forward, cuma PR belit je. Petroleum Act 1974 libatkan 2 parti iaitu Federal dan State. Tapi kalau bertindih dengan negara lain, parti2 yang terlibat jadi tak samalah dan Perjanjian Petroleum Act 1974 automatik obseletelah. Itu pasal saya kata PR ni pembelit. So perjanjian dia jadi lainlah. Kalau Kelantan serious nak royalti bukan kecoh dengan Petroleum Act 1974, tapi kena pergi settlelah dengan MTJA tu, cakap baik2 Insya Allah dapat, kalau maki hamun, nak tengok muka pun orang tak mau.
Royalti dengan kos operasi, mana lagi besar?? Semestinya kos operasi. Minimum kos operasi Petronas ni ada dalam 70% dari kos TOTAL penjualan minyak tu. Kalau Kelantan dapat ceduk 30% dari kos operasi Petronas dari sudut cukai tanah, cukai perniagaan, peluang pekerjaan, peluang perniagaan dengan Petronas kan lagi besar dari royalti tu yang belum tentu dapat?? Apa susah, bagi je Tok Bali tu kat Petronas, diorang pacak je tiang, masuklah duit tu. Tapi kat siapa kerajaan kelantan bagi??? Depa bagi kat penipu yang kata akan beri derma 4 billion pada kelantan, sekarang apa jadi?? Mana projek2 O&G yang dijanjikan?? Petronas depan mata je, offerla diaorang, tak payahlah nak maki hamun mcm org bodoh, macam tu ke niaga??
So kesimpulannya mudah, apa hak Kelantan? Apa Husam dok kelentong ni?? Sebenarnya Kelantan kena bijak, kalau dah tahu royalti tu takde can nak dapat, kawtimla secara professional dengan Petronas untuk beroperasi di Kelantan. Tak perlu royalti tu, royalti kalau nak banding dengan kos operasi, kos operasi jauh lebih tinggi, kalau Petronas labur kos operasinya di Kelantan lagi baik untuk rakyat Kelantan, direct je dengan peluang pekerjaan dan peniagaan, tak payah nak gaduh2. Kalau pemimpin PAS cakap mcm taik dok maki hamun macamana la nak tarik minat Petronas labur / bisnes di Kelantan. – azlishukri

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*