ISU TANAH: Wan Khairul cabar Nik Aziz supaya mengadakan sidang akhbar

wankhairul200

Menurut Wan Khairul, antara yang dinyatakan di dalam iklan tersebut adalah keluasan tanah 10,526 ekar atau 4,260 hektar, pajakan 70 tahun dari 3 Mei 2006 hingga 3 Mei 2092.
“Syarikat yang membeli tanah tersebut tidak memerlukan Bumiputera sebagai pemilik bersama, dan dari jumlah 10,526 ekar itu terdapat 9,500 ekar kawasan pembalakan dengan perjanjian 30 peratus keuntungan dari hasil pembalakan mesti diberikan kepada YIK,” kata beliau.
Jelas, Wan Khairul (gambar), persoalannya jika Ngeh bersama sepupunya beli syarikat tersebut pada April lalu, berapakah jumlah sebenar yang mereka bayar.

“Kita menuntut penjelasan, dari manakah sumber kewangan dua pemimpin DAP tersebut membeli syarikat UPSB dan apakah perjanjian sebenar antara UPSB, YIK dan kerajaan negeri…” katanya.
Wan Khairul yang merupakan anak jati Kelantan turut meminta penjelasan dari kerajaan negeri apakah benar tidak diperlukan Bumiputera sebagai pemilik syarikat tersebut seperti yang diiklankan sebelum ini.
“Kami sebagai rakyat Kelantan berhak tahu semua maklumat berkaitan tanah ini dan saya cabar Nik Aziz supaya mengadakan sidang akhbar untuk berterus terang dalam kes ini,” ujarnya.
Permintaan Wan Khairul untuk Nik Aziz berterus terang dalam isu ini wajar memandangkan Kelantan mempunyai undang-undang tanah yang ketat.Seterusnya..


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*