Jamawi Jaafar Tidak Dicalonkan Pada PRN Sabah? #PRNSABAH

Jamawi Jaafar (DUN Kemabung) yang juga mantan Ketua Penerangan Pemuda UMNO diera Khairy Jamaluddin antara 4 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dari UMNO yang istihar “melompat” parti ketika Barisan Nasional tumbang pada PRU 14 yang lalu tidak dicalonkan semula pada Piliharaya Negeri Sabah kali ini.

Tindakkan beliau itu dilaporkan telah mendapat restu Khairy Jamaluddin dengan alasan demi kepentingan nasib rakyat terutama para pengundi Jamawi Jaafar.

“Kami (kumpulan lompat) memilih untuk menyokong Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana kawasan kami dipilih ini kawasan luar bandar dan memerlukan lebih banyak pembangunan. Ia akan dapat dibela jika ada hubungan baik dengan kerajaan persekutuan,” semasa program “Malaysia Memilih 2018” di Astro AWANI pada 11 Mei 2018.

Nama lain yang tidak dicalonkan pada Piliharaya Negeri Sabah kali ini adalah ADUN Pitas, Datuk Hamisa Samat, Datuk Osman Jamal (Balung) dan Datuk Muis Picho (Sebatik).

Tempat mereka digantikan dengan Sufian Abdul Karim (Pitas), Hamild @ Hamid Awang (Balung) dan Datuk Raime Unggi (Kemabong).

UMNO sebelum ini menegaskan tidak akan meletakkan bekas ADUN ‘lompat parti’ didalam pertempuran PRN Sabah kali ini kerana mendengar suara majoriti akar umbi yang tidak mahu berkompromi dengan mana mana individu yang meninggalkan perjuangan.

Walaubagaimanapun ada dikalangan ahli Pemuda UMNO sendiri tidak terlalu prejudis terhadap Jamawi, kerana beliau dilihat pemimpin muda berpotensi yang perlu diberikan peluang sekali lagi.

Walaubagaimanapun keputusan pucuk pimpinan UMNO Sabah kini telah dizahirkan dalam pengumuman hari ini.

Bagi PRN Sabah kali ini UMNO akan bertanding di 31 kerusi DUN (Update 32 Kerusi) dengan majoritinya adalah calon muda dan baru. Dalam permerhatian penulis tindakan ini disokong penuh oleh majoriti ahli parti.

 

UPDATE :

Penulis mendapat khabar terkini bahawasanya Jamawi Jaafar telah dicalonkan kembali bagi kerusi DUN dalam Parlimen Tenom iaitu N.35 Melalap mewakili parti UMNO/Barisan Nasional.

Senarai Penuh Calon UMNO/Barisan Nasional PRN Sabah :