Monday, November 18, 2019

Janda Hafiz Hamidun Hanya Mahukan Lelaki Bujang! #JoyRevfa #AndaMampuMengubahnya

USAHAWAN kosmetik, Joy Revfa mendedahkan dia pernah dihubungi oleh beberapa orang lelaki berstatus suami orang di laman sosial. Tanpa mendedahkan nama, Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin memberitahu lelaki yang dikenali sebagai ustaz selebriti itu membuat permintaan tidak masuk akal antaranya meminta gambar seksinya.

“Lelaki setia zaman sekarang ni dah semakin pupus sebab kecurangan berada di hujung jari je terutamanya golongan Ustaz Hamadi (watak Azhan Rani dalam drama Nur) ni la semakin ramai.

“Ada beberapa ustaz selebriti suami orang tak segan silu mesej nak tengok gambar Joy dekat rumah berbaju seksi.

“Mereka tak kira kejap lagi kita viral screenshot tu baru tahu langit tinggi ke rendah. Yang penting jangan melayan!,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun ini juga berkata dia tidak berminat menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang. Ujarnya, sebagai wanita dia memahami hati wanita dan enggan menjadi punca keretakan rumah tangga orang lain.

“Saya mewakili janda-janda dekat Malaysia ni tak berminat langsung dengan suami orang ni. Benda boleh mengelak buat apa sibuk nak melayan ni.

“Ingat, jangan bagi ruang dan peluang sedikit pun untuk suami orang tu dekati kita. Pasang niat sebab nak bantu isteri dan anak-anak dia untuk mengelakkan kecurangan berlaku.

“Kalau ada cuba mesej menggatal tu block je atau ugut dia akan screenshot mesej tu dan bagi famili atau isteri dia Isteri pun kena pantau kegiatan suami jangan biarkan je!” katanya

Dalam pada itu, bekas isteri kepada komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun ini berkata dia bersedia membuka pintu hatinya untuk manamana lelaki bujang. Asalkan lelaki tersebut bukanlah suami atau tunangan orang lain. Nama Joy Revfa sebelum ini menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei 2017 dengan Haz Hamidun didakwa tidak sah. Konik tersebut akhirnya selesai selepas Haz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun sama. Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun. – MStar