Jangan Dipatuk Ular Dua Kali

Mejar (B) Mohd Iszeham A Hamid berkata rakyat yang berfikiran bijak, waras dan matang tidak akan membiarkan diri mereka ditipu dua kali.

Ini kerana katanya pakatan pembangkang sudah terbukti hanya pandai berjanji namun tidak sekali mereka menunaikan apa yang dijanjikan.
“Berjanji memang mudah, apatah lagi dengan penyokong fanatik mereka. Walaupun pakatan pembangkang tidak tunai janji, penyokong mereka akan tetap sokong membuta tuli.
“Namun, begitu, dengan penyokong yang tidak begitu fanatik, tidak buta dan tidak tuli agak sukarlah untuk pembangkang tipu kerana mereka akan mula menilai janji-janji sebelumnya yang masih tidak tertunai satu pun. Sudahlah manifesto pun mereka kata bukan janji kini mereka buat pula manifesto baru. Pakatan pembangkang ini adalah pakatan penipu,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambahnya lagi, pembangkang bukan setakat menipu tentang manifesto tetapi setiap apa yang terjadi, mereka akan mengambil peluang untuk menipu rakyat untuk menunjukkan bahawa kerajaan itu jahat dan zalim. Ini termasuklah insiden pencerobohan di Sabah.
“Sebenarnya pakatan pembangkanglah yang jahat, zalim dan keji. Saya selaku bekas tentera turut berasa marah dengan penipuan dan kenyataan mereka memburuk dan mempersendakan perajurit yang terkorban. Adakah patut isu ini dipolitikkan.
“Tidakkah mereka terfikir tentang perasaan keluarga mangsa, tentang pengorbanan perajurit-perajurit ini… Cukup-cukuplah menipu… Saya amat berharap agar rakyat berfikir dengan matang. Adakah perangai seperti ini yang mahu kita sandarkan harapan membela nasib kita dan memertabatkan negara.
“Silap haribulan negara kita akan tergadai. Mereka ini tidak layak untuk dipercayai sama sekali. PRU-13 ini, mari kita bersama-sama tolak pakatan pembangkang dan terus beri kepercayaan kepada BN untuk mentadbir negara ini dengan baik
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*